CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli hantar anak ke sekolah sejauh 60km

[Copy link]
Post time 14-6-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode

Mohd. Syahbuddin (kanan) menyantuni kanak-kanak Orang Asli sempena Program Kita Madani di Pos Tuel, Gua Musang kelmarin. - AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 1,000 keluarga Orang Asli di tiga pos penempatan jajahan kecil Lojing di sini berharap kemudahan sekolah menengah dan balai bomba dapat dibina di kawasan mereka.

Ketika ini, penduduk dari Pos Brooke, Pos Hendrop dan Pos Tuel itu terpaksa menghantar anak di Sekolah Menengah Panggung Jaya yang jaraknya lebih 60 kilometer.

Selain itu, Balai Bomba dan Penyelamat yang terletak hanya di bandar Gua Musang memerlukan masa yang lama untuk pasukan penyelamat tiba sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tuel, Atan Alang berkata, penduduk terpaksa menghantar anak ke sekolah menengah yang terletak jauh dari rumah.

Katanya, setiap tahun, penduduk Orang Asli di sekitar Pos Brooke, Pos Hendrop dan Pos Tuel semakin bertambah dan anak-anak sudah didedahkan dengan pendidikan asas apabila terdapat premis tabika di kawasan mereka.

“Kesedaran mengenai kepentingan aspek pendidikan bagi anak-anak Orang Asli sudah ada dalam kalangan ibu bapa di sini.

“Kami berharap supaya boleh diadakan sebuah sekolah menengah untuk memastikan tiada keciciran dalam aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak Orang Asli di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Tuel di sini kelmarin.

Atan memberitahu, pelajar di pos terbabit terpaksa bersekolah di sekolah sekitar Gua Musang dan tinggal di asrama yang jaraknya jauh dari kampung mereka.

Katanya, dia turut menyokong sekiranya usaha membina balai bomba di kawasan Lojing dapat dilakukan pihak kerajaan.

Katanya, kedudukan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang terletak hampir 100 kilometer dari Tanah Tinggi Lojing menyukarkan kerja-kerja penyelamatan dilakukan pihak anggota penyelamat.

“Sebelum ini kami menerima bantuan agak lambat kerana kedudukan kampung yang jauh dari kawasan bandar.

“Kawasan Lojing kini sudah semakin membangun apabila mempunyai banyak pejabat wakil agensi kerajaan dan juga kemudahan seperti Klinik Kesihatan di Pos Brooke. Usaha membina balai bomba memang wajar dilakukan untuk kemudahan penduduk Orang Asli dan pengguna jalan raya di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, pihaknya sudah memohon sekolah menengah dan balai bomba di kawasan Tanah Tinggi Lojing untuk kemudahan penduduk Orang Asli di kawasan itu.

Katanya, penempatan dan jumlah penduduk bertambah, sudah menjadi keperluan sekolah menengah dan balai bomba perlu dibina di kawasan itu.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... ekolah-sejauh-60km/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050488 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list