CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Damok harap dapat berlumba di GP Jerman

[Copy link]
Post time 13-6-2023 09:11 AM | Show all posts |Read mode

DAMOK dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas terbabas di GP Itali.

Kuala Lumpur: Meskipun memerlukan masa kira-kira tiga minggu untuk pulih sepenuhnya, pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman tetap berharap dapat kembali berlumba pada pusingan seterusnya di Grand Prix (GP) Deutschland dekat Litar Sachsenring, 18 Jun ini.

Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok terbabas ketika sesi latihan bebas kedua GP Itali, minggu lalu dan dilihat melambung ke udara sebelum tertunduk menahan kesakitan.

Pelumba berusia 22 tahun itu kemudiannya diisytihar tidak cergas untuk berlumba di Litar Mugello sebelum disahkan mengalami keretakan pada tulang rusuk kiri.

"Saya berharap proses pemulihan akan berjalan dengan lancar dan akan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk pulih.

"Saya harap hanya seminggu dapat pulih dan kembali beraksi di Sachsenring.

"Jika tak dapat beraksi di Sachsenring, saya harap dapat beraksi di Assen (GP TT Assen). Jadi sama-sama kita lihat nanti apa yang boleh saya lakukan," katanya.

Pelumba MT Helmets-MSI itu mengakui kemalangan dialaminya itu adalah paling ngeri sepanjang perjalanan kariernya, setakat ini.

Menurutnya, dia perlu kekal tenang dan mengambil peluang untuk berehat sambil mengharapkan doa agar cepat sembuh.

Setakayt ini, Damok sudah mengumpul lima mata untuk berada di kedudukan ke-22 daripada 29 pelumba selepas meraih penamat ke-11 di GP Argentina, awal April lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rlumba-di-gp-jerman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054719 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list