CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2953|Reply: 19

"Kita Takkan Bagi Kalau Tiada Kepentingan," Individu Dakwa Founder Terkenal Bantu Kes Viral Tak Ikhlas, Cuma Untuk Cipta Nama Dan Marketing?

[Copy link]
Post time 13-6-2023 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Nama seorang personaliti media sosial dan usahawan terkenal heboh menjadi bualan hangat di TikTok.


Menurut XTRA, menerusi pendedahan tersebut, individu itu berkata pempengaruh tersebut dikhabarkan memilih projek yang hanya akan memberi keuntungan kepada pihak mereka sahaja.


Perkara tersebut timbul selepas individu itu mahu meminta sumbangan daripada syarikat pempengaruh itu untuk membawa anak muridnya ke Sabah bagi mengurangkan kos pengangkutan.








Namun, dia terkejut dengan tindakan pembantu peribadi pempengaruh itu yang seakan biadap dan angkuh.


“Sebelum ni adalah saya contact seorang personal assistant (PA) kepada influencer/founder terkenal ni.. Tujuan call hanya untuk bertanya tentang permohonan sponsor untuk program sekolah (saya nak bawa murid untuk pergi Sabah)  jadi kita cari fund kalau boleh kurangkan kos..


“Kami tak paksa pun untuk bagi sumbangan.. Nama pun permohonan kita cuma cuba mana tahu rezeki anak-anak murid dapatlah kurangkan sikit kos untuk diorang bayar join program ni.


“Saya call tanya feedback dapat sumbangan ke tak.. Nak tahu jawapan je dapat atau tak tak apa. Tapi PA ni dengan nada yang sangat arrogant dia tanya saya, hantar dekat siapa, saya cakap hantar sendiri dekat office.


“PA kata tak terima dan cakap pihak mereka tak ada peruntukan untuk program macam ni. Saya cuma terkejut.. ,” katanya.


Individu tersebut bagaimanapun akur dengan keputusan pempengaruh itu namun terkilan dengan cara PA memberi jawapan.


“So ok la saya macam tak apalah tu hak diorang cuma terkilan ada ayat dia last tu, ‘kita takkan bagi kalau tiada kepentingan untuk kita’.


“Saya terus fikir patutlah viral laju je tolong, marketing kan. Jadi selama ni yang tunjuk tu semua sebab ada kepentingan la ya?


“Bukan betul-betul ikhlas nak tolong? Selama ni tunjuk prihatin sebab nak nama je ke?,” soal individu berkenaan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kena mengena dgn buah & makanan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah, tapi betul la. Apa tujuan nak bawak budak sekolah ke sabah? Untuk lawatan sambil belajar? Atau untuk pertandingan?

Kalau lawatan, boleh lupakan hasrat tu. If tanya mana mana corporate company pun, mereka takde peruntukan untuk sponsor budak sekolah ke sabah untuk lawatan.

Pastu bila PA respond takde peruntukan, eh terkejut pula. Mana mana company pun bukan simply buat CSR. Mesti fikir apa manfaat that CSR or sponsorship will bring to them.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 09:30 AM | Show all posts
laaa betul la apa dia jawab tu... takyah la nak terkilan2 bagai... apa kepentingan untuk deorang? hengko yang hadap sangat nak mintak derma kat influencer sape suruh... punya banyak company kat luar sana hujung2 hadap derma influencer...

lagipun dia utamakan derma untuk benda lain yang lagi penting dari nak hangkut budak2 tu ke sabah for what...

baik ko mintak derma untuk kau pergi cuti2 kat eropah je terus...

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 09:39 AM | Show all posts
betul la tu PA dia ckp, dah nama pun business kot. Bukan senang2 je nak tabur duit kat org. Minta peruntukan ke sabah utk apa? Mesti staff dia dah baca permohonan tu tp tak layak la tu utk dpt dana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
org bisnes ni faham² je la
tapi kenapa sabahhh
bawa jln² nek bas pun da okeyy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2023 01:02 PM | Show all posts
YB kau mana? PIBG kau mana? tiberrr nak pergi sabah minta bantuan dia. Camtu aku pun nak gi europe minta bantuan influencer lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 01:04 PM | Show all posts
akuHavocczz replied at 13-6-2023 01:02 PM
YB kau mana? PIBG kau mana? tiberrr nak pergi sabah minta bantuan dia. Camtu aku pun nak gi europe m ...

jom kaka... sempena iols dalam penjara ni ajommmm kitaaa pergi minta sponsor untuk cikcurrr di paris & milan gittuhh...bila keluar jel nanti boleh terus cuti2 n honeymoon... sambil buat rambut kepuk2 ala nekmah dalam periuk noxxa terbalik...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
macam boleh teka je influenza mana

sebab tu lain kali tak payah percaya sangat marketing founder. Dorang semua nak buat duit je, bagi sumbangan pon kalau dah canang takde maknanya ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauhnye buat rombongan ke sabah..ni anak murid nak g ke cikgu yang lebih...pegi petrosains sudahla cikgu oii....kalau nak ke sabah tu biar lah mak pak depa yang bawak takpun tgu diorang kerja pegi sendiri..lain lah kalau bawak ke pertandingan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe pa tu ckp kasar sbb org ni xpaham bahasa
Ape kejadah nk bwk budak g lwatan mntak sponsor dr influencer?sekolah ai dulu2 mak bapak byr 100% utk anak masing2.byr mahal jauh la brjalan.nk murah dekat je la.ikut kemampuan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapiz ke dek ?
Dh co dia, sukati dia lah. Kau nak tekilan2 bagai kenapa
Sampai buat post
Kau plak terluka terkilan
So dh dpt sumbangan gi Sabah ke ? KK ke Mabul tuu ?
Kemain smpai ke ssbah. Mntk org spons tak psl. Euww
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 05:48 PM | Show all posts
dia ni macam saje nak cari kecaman orang. alang-alang nak expose/tak expose influencer tu, kenapa tak beritahu sebab apa nak bawak budak2 sampai ke sabah tu? kat situ baru la orang boleh tengok berbaloi ke tak sumbangan. nak ajak orang maki influencer alik2 dia yang kena maki. haprak sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 13-6-2023 09:30 AM
laaa betul la apa dia jawab tu... takyah la nak terkilan2 bagai... apa kepentingan untuk deorang? he ...

Setuju 100% klau ikhlas xde la tayang dlm socmed. Semua pon sama ada kepentingan. Biar la dia. Yg bodoh netizen yg support org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 13-6-2023 09:30 AM
laaa betul la apa dia jawab tu... takyah la nak terkilan2 bagai... apa kepentingan untuk deorang? he ...


Tu lah.... bodoh betol org yg memintak tu.....

Ko ingat nak bg ribu2 saja2 ke???? Semua bende kat dunia ni kena ada benefit in return la...

Benci betol aku pemikiran sempit mcm ni.... lps tu g memburukkan pulak org tu sebab kau x dapat apa yg ko mintak?.... kecewa sbb x dpt g sabah ke?????

Lain la klu ko mintak derma utk bantu org susah ke... lps tu kena reject..sbb dpt jawapan "kami x kan bantu klu x de kepentingan utk kami"  boleh lah jugak kau nak kecewa ke nak terkilan ke... ni sekadar nak liburannnnn heh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 13-6-2023 05:56 PM
Tu lah.... bodoh betol org yg memintak tu.....

Ko ingat nak bg ribu2 saja2 ke???? Semua bende kat ...

setuju dgn u...halah2 tak beragak nak rombongan sampai ke sabah. my eyes rolling so hard sambil baca. jgn kata influenza, aku kalau ada company besar pun tak bagi.. this definitely not a prioriti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Juniperberri replied at 13-6-2023 09:17 PM
setuju dgn u...halah2 tak beragak nak rombongan sampai ke sabah. my eyes rolling so hard sambil ba ...

Entah2 buat proposal ke tak mintak sponsor tu... mintak cincai thru wasap je ke? X bg proper document cerita objective rombongan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Klakar ya staf2 skolah yg mcm ni. Ada tu minta sumbangan utk majlis jamuan akhir tahun, gigih nk buat kt hotel. Pstu asyik la kol tnya nk sumbang ke x. Nyampah pulak aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah halahhhh... cikgu punnnn..jauh nau ko nak bawak anak murid jln2. Tak beragak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 09:13 AM | Show all posts
cikgu sendiri gatal bijik nk ke sabah pui
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list