CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Tak Perlu Tambah Baik Subjek Sejarah - KPM

[Copy link]
Post time 12-6-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Tiada keperluan untuk penambahbaikan dalam silibus Sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam masa terdekat seperti dicadangkan salah seorang Exco kerajaan negeri Kedah, baru-baru ini.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, silibus pengajian untuk semua subjek sentiasa dipantau oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan agar bersesuaian dengan kitaran melibatkan pembelajaran murid-murid di sekolah.




FB




“Silibus ini ada kitarannya dan kurikulum tersebut dipantau oleh pakar-pakar. Jadi setakat ini kita kekal dengan silibus sedia ada sehingga kitaran itu habis.


“Pemantauan dan penilaian itu bukan hanya untuk Sejarah saja tetapi semua subjek. Kita tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek saja sebaliknya melibatkan semua perkara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah di sini, hari ini.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad baru-baru ini mencadangkan agar silibus mata pelajaran Sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam buku teks ditambah baik supaya tidak disalah erti oleh pihak tertentu.


Najmi mendakwa kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor baru-baru ini bahawa Pulau Pinang milik Kedah merupakan fakta sejarah, namun terdapat pihak tertentu cuba mengolahnya hingga timbul salah faham.


Mengulas lanjut Fadhlina berkata, isu berkenaan seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa kerana siasatan mengenainya sudah pun berjalan.


“Sekarang ini isu itu sudah pun disiasat pihak polis. Jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk proses terbabit,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063798 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list