CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1027|Reply: 13

Pasukan Khas Ditubuhkan Buru Pasangan Kembar Kaut Untung RM10 Juta Hasil Tipu Jual iPhone Murah

[Copy link]
Post time 12-6-2023 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Adik-beradik kembar dikenali sebagai Rihana dan Rihani menjadi buruan Polis Metro Jaya selepas didakwa menjadi dalang sindiket penipuan pembelian iPhone palsu.


Jurucakap Polis Metro Jaya, Hengki Haryadi berkata, bagi mengesan pasangan kembar itu, satu pasukan khas ditubuhkan.




PASANGAN kembar yang dikenali sebagai Rihana dan Rihani kini jadi buruan polis berhubung kes penipuan jual iPhone. - AGENSI




“Kami sudah tubuhkan satu pasukan khas untuk menangani kes ini, termasuk mengesan di mana Rihana dan Rihani berada.


“Adik-beradik itu tidak akan dipanggil sebagai saksi, sebaliknya sebagai suspek berdasarkan sejumlah bukti yang mencukupi.


“Jika polis menemukan mereka, tidak banyak cakap, terus ditangkap,” katanya.


Kes penipuan yang dilakukan pasangan kembar itu mula dilaporkan kepada pihak berkuasa sejak Jun dan Oktober tahun lalu.


Semua mangsa mereka membuat laporan polis dari pelbagai tempat dengan kebanyakannya di sekitar Jakarta.


Berdasarkan laporan yang dibuat, jumlah kerugian yang dialami semua mangsa dianggarkan bernilai 35 bilion rupiah (RM10.8 juta).


Pasangan kembar itu menipu mangsa mereka dengan menawarkan harga telefon pintar iPhone pada harga yang lebih murah dan selepas transaksi wang dilakukan, mereka akan ‘menghilangkan diri’


Sehingga kini, lokasi pasangan kembar itu masih gagal dikesan pihak berkuasa.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara taip mcm kat malaysia, Last sekali baru tahu kat indon.. Hadeyy.... Ingatkan di malaysia. Currency pun guna RM
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin sudah berada di ara Damansara!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin sudah berada di ara Damansara!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:15 AM | Show all posts
mangsa pun....satu hal...dah tahu harga pasaran iphone tu berapa kan.....senang2 kena tipu....pakai jek la phone biasa...x yah iphone2...

yang scam duit org ni pulak mmg sejenis kebal api neraka gayanya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 12:50 PM | Show all posts
la ingatkan malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis pun x dpt cari...dh mcm kes jolo, tipu, tipu, tipu lagi, sampai bijan masuk jel pun polis masih tk dpt sumbat dia dlm jel lg.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 02:12 PM | Show all posts
Dapat dekat RM11 juta.. bagi 2 dapat RM5.4 juta sorang..
Kalau duit halal aku rasa dah boleh buat pencen dah..
duk rumah aje goyang telo..

Tapi biasanye duit haram ni sekejap aje suka2.. last2 banyak issues pulak. Sekejap aje dah abis.. kena buat scam lain pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 02:18 PM | Show all posts
Ya duit haram ni kejap je seronoknya. akhirnya samada kena masuk lokap atau dah berada di alam barzakh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk pikir2 kat manalah metro jaya tu?
Saudara mara bikfriskis ke?


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 09:28 PM | Show all posts
Metro ni dalam kabupaten Lampung, Sumatera Selatan.

Pernah ada bibik orang Lampung, tapi jawa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kat metrofulus
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 10:21 AM | Show all posts
Edited by eragon at 13-6-2023 10:26 AM

Rihana dan Rihani ?

Dulu2 kat malaysia ada artis kembar nama Rihana Rihani juga rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 10:34 AM | Show all posts
tompie replied at 12-6-2023 02:12 PM
Dapat dekat RM11 juta.. bagi 2 dapat RM5.4 juta sorang..
Kalau duit halal aku rasa dah boleh buat pe ...

apa la goyang telo?? goyang dua jari la....x pun goyang tetek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.260052 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list