CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 691|Reply: 4

Tak Sedap Hati Masa Tonton Big Stage, Ajoi Zainal Tak Tolak Khianat Punca Rumah Marak Dijilat Api

[Copy link]
Post time 12-6-2023 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Pilu merundung kalbu apabila melihat perkongsian penyanyi Ajoi Zainal menunjukkan sebahagian rumahnya di Sungai Udang, Klang dijilat api dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi Isnin.


Ajoi atau Qaidzul Zainal Abidin, 25, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru sahaja pulang dari menonton konsert Big Stage 2023 yang diadakan di Shah Alam.




IG




"Selepas menonton Big Stage, hati saya memang tak sedap dan nak balik cepat ke rumah. Selepas setengah jam sampai, kebakaran itu terjadi.


"Nasib baik saya tak tidur lagi. Kalau tidak pasti kebakaran akan lebih teruk," katanya ketika dihubungi mStar.


Berkongsi mengenai keadaan rumah, Ajoi memaklumkan keseluruhan bahagian dapur kediaman itu terbakar selain lapan buah motosikal dan sebuah kereta hangus.


Ekoran kejadian itu, Ajoi berkata, dia dan keluarga terpaksa menanggung kerugian hampir RM200,000 memandangkan bengkel milik abang iparnya turut terjejas.


"Belakang rumah saya stor dan daripada situlah api mula marak. Dapur memang habis terbakar. Saya bersama lapan ahli keluarga yang lain Alhamdulillah selamat tanpa sebarang kecederaan," ujarnya.


Sementara itu, Ajoi menyangkal kejadian berlaku berpunca daripada litar pintas namun tidak menolak sekiranya kebakaran itu berlaku disebabkan khianat.


Bagaimanapun kata bekas peserta Big Stage ini, mereka masih menanti laporan siasatan daripada pihak berkuasa berhubung punca kejadian.


Dalam pada itu, Ajoi bersyukur apabila jiran tertangga banyak membantu malah ada yang sudi menumpangkan mereka sekeluarga.


Ia susulan pihak berkuasa tidak membenarkan mereka pulang ke rumah meskipun beberapa bahagian rumahnya terselamat atas nasihat pihak penyelamat.





IG



"Nasib baik ada hamba Allah ini beri kami tinggal di homestay dia untuk sementara waktu memandangkan pihak bomba tidak benarkan kami pulang kerana takut kalau berlaku kebakaran lagi," ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 09:40 AM | Show all posts
Allahu ..marak betul api..syukur sedar and sempat keluar
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:32 AM | Show all posts
teruknya terbakar... semoga di permudahkan urusan sekeluarga... harap tabah dengan ujian...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 11:58 AM | Show all posts
confidentnya kena khianat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 12:07 PM | Show all posts

ada possibility juga. bengkel motor buat kat rumah. mana la tau kalau ada yang marah ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039190 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list