CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

Izzat manfaat peluang ungguli perlumbaan

[Copy link]
Post time 12-6-2023 09:07 AM | Show all posts |Read mode

IZZAT (tengah) meraikan kejayaannya bersama pelumba lain. FOTO Malaysia Cub Prix

Kuala Lumpur: Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Izzat Zaidi Salehan

berjaya menjuarai kategori CP 150 di pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Utara Antarabangsa Sepang (SIC) itu, Izzat memanfaatkan kelebihan dimiliki susulan berlaku kemalangan membabitkan beberapa pelumba ketika pusingan terakhir, sehingga membuka ruang buatnya meluru ke hadapan sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan 14 minit 33.768 saat (s).

"Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih buat pasukan saya kerana telah meyediakan sebuah motor yang sangat baik untuk saya berlumba minggu ini.

"Untuk perlumbaan tadi, memang saya sudah menjangkakan persaingan yang amat sukar kerana semua pasukan mempunyai jentera yang sangat laju, saya pula fokus kepada strategi dan di pusingan terakhir berlaku perlanggaran, jadi saya ambil peluang itu untuk terus kehadapan ke garisan penamat untuk mendapatkan tempat pertama," jelas Izzat.

Untuk rekod, ini adalah kemenangan pertama Izzat untuk musim ini sekali gus turut menebus kembali kekecewaannya ketika pusingan pertama di Litar Sepang Utara pada Februari lalu apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat.

Dalam pada itu dalam kategori CP 125 pula menyaksikan pelumba Jetron Yamaha YY Pang Racing, Shafiq Ezzariq Saiful Nizam dinobatkan sebagai juara setelah diberikan tentangan sengit sepanjang lapan pusingan perlumbaan.

Kejayaan Shafiq menyaksikan dia terus memberikan tekanan dalam kedudukan keseluruhan pelumba apabila kini menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan 53 mata selepas empat pusingan, hanya dibezakan 10 mata sahaja dengan pendahulu, Khairi Asyraf Mahmood yang juga rakan sepasukannnya.

Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohamad Syafiq Rosli yang menamatkan saingan di tempat kedua disusuli rakan sepasukan, Alif Danial Mohamad Asri.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -ungguli-perlumbaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.516549 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list