View: 1564|Reply: 22
|
Nak Letak Nama Kumpulan 'Bayi Tabung Uji' Tapi Tak Sesuai
[Copy link]
|
|
Pada awalnya, penyanyi Loque ingin menamakan projek band kolaborasi bersama Asmidar sebagai Bayi Tabung Uji namun dinasihati rakan pemuzik lain agar menukarnya kerana kurang sesuai.
Loque, 45, yang juga seorang komposer berkata, idea nama tersebut muncul spontan di fikirannya dan dirasakannya unik namun akhirnya memilih Gostan sebagai nama kumpulan kolaborasi tersebut.
Katanya, dia sedar pada zaman masa kini, pandangan dan penerimaan setiap orang itu berbeza.
"Saya memang terfikir nama Bayi Tabung Uji itu sesuatu yang unik dan menarik. Namun, Loko dan Bakri mengingatkan saya ia tidak sesuai berikutan bimbang pandangan buruk orang lain terhadap Asmidar nanti.
"Biasalah dalam dunia media sosial masa kini, pandangan dan penerimaan setiap orang berbeza. Pada kita, mungkin biasa saja dan tidak membawa maksud yang jauh kerana perjuangannya pada karya seni. Tapi, orang lain kita tidak tahu mereka fikirkan apa pula ," katanya kepada Harian Metro.
Menerusi projek band kolaborasi Gostan yang turut dianggotai Loko, Bakri Ismail, Memey dan Harry Misteri itu, mereka muncul mempertaruhkan lagu Dia Datang nyanyian asal Raja Gambus iaitu Allahyarham Fadzil Ahmad.
Pada tahun lalu, bersama Asmidar juga Gostan tampil dengan lagu Tak Seindah Wajah yang pernah dirakamkan penyanyi asalnya, Allahyarham Tan Sri SM Salim yang mendapat sambutan baik pendengar.
Loque berkata, dia juga sangat berpuas hati bekerja dengan Asmidar yang sememangnya memiliki vokal lunak menyanyikan lagu-lagu tradisional Melayu.
Katanya, maklum balas daripada pendengar juga mahukan kerjasama mereka yang berterusan.
Mengulas perancangan Gostan seterusnya, Loque berkata, mereka merancang menerbitkan album digital sekiranya ada rezeki.
Katanya, buat masa ini kalau diikutkan Gostan sudah merakam semula empat lagu tradisional Melayu yang diberi nafas baharu.
Selain melancarkan lagu Dia Datang, Loque bersama MonoloQue pula melancarkan satu single baharu kumpulan itu berjudul Lagu Cinta hasil ciptaannya yang menceritakan hubungan kasih sayang dengan kekasih, ibu bapa, keluarga, adik-beradik dan sebagainya.
Muzik video lagu Dia Datang yang menampilkan kemunculan istimewa pelakon, Azhar Sulaiman dan muzik video Lagu Cinta juga sudah dimuat naik di YouTube sejak 6 Jun lalu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
memang hauk betul nama bayi tabung uji tu apooooo...
cari la nama yang commercial sikit...
nama yang boleh buat orang tertarik nak dengar...
baik bubuh bayi yang di lahirkan melalui peti ais jah kalau nak pilih nama gitu.. choiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
Panjang bobona tabung uji letak bayi ivf sudah [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
margo20 replied at 11-6-2023 10:14 PM
Panjang bobona tabung uji letak bayi ivf sudah [em:4:]
ivf nanti tak bunyi melayu la pulak kaka. Si monoloque ni kan terpaling melayu walaupun pakaian bininya tak macam melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu raya asmidar dgn aizat haritu best... |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 11-6-2023 02:22 PM
ivf nanti tak bunyi melayu la pulak kaka. Si monoloque ni kan terpaling melayu walaupun pakaian bi ...
Huhuhuu... Bini dia kerja apa ya. Belakang tabir ek. Nama anak dia pun kemain kan |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 12-6-2023 12:25 AM
Huhuhuu... Bini dia kerja apa ya. Belakang tabir ek. Nama anak dia pun kemain kan
wife heols founder produk kosmetik s*lek & now buat clothing line pulak nama g*mpikat
nama anak heols semua poetic tapi tak praktikal sebab panjang sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Kang tak memasal kena pangkah ngan pcaras nomot satu ngan queen kang |
|
|
|
|
|
|
|
Baik ko letak nama "Kitar Semua" je ada gak faedahnya barangan kitar semula mcm korang berdua. Ni nama "Gostan" hang nak pi mana? Org nak pi ke depan. Takpon hang letak nama "AsmiLoque Maju". Anne, roti sardin satu.... |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 12-6-2023 12:25 AM
Huhuhuu... Bini dia kerja apa ya. Belakang tabir ek. Nama anak dia pun kemain kan
Ada product kosmetik yg nama pun ntah tak pernah dengar lagi2 nak beli.
Tapi tak kerja pun survive.. Anak org kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
ko letak la nama babi tabung uji |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 12-6-2023 06:04 AM
Baik ko letak nama "Kitar Semua" je ada gak faedahnya barangan kitar semula mcm korang berdua. Ni na ...
Yeah.... Setuju dgn setiap perkataan uols |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123: ivf nanti tak bunyi melayu la pulak kaka. Si monoloque ni kan terpaling melayu walaupun pakaian bininya tak macam melayu
Skang dah melayu sket sejak mula bertudung..ri tu masa konsert B'finggers nampak la tatu bininye kat belakang. Kata fefeeling terpaling melayu tap nama grp x cukup klasik. Ko kena belajar ngan mek ani lagi..gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling tanjak. Bosan sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sazreena replied at 12-6-2023 10:06 AM
Skang dah melayu sket sejak mula bertudung..ri tu masa konsert B'finggers nampak la tatu bininye k ...
eh, wife heols freehair je lagi. Ke chuols tertukar dengan wife sape? |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo nya
Seb baik tak jadi proceed
Bangsat punya retis
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagu kumpulan yg nama Sekumpulan orang gila tu
Bangsat jugak |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 12-6-2023 12:36 AM
wife heols founder produk kosmetik s*lek & now buat clothing line pulak nama g*mpikat
nama anak h ...
Bini dia muka melayu totok ceruk kampung tapi memandangkan dressing si bini seksi so tak nampak desa ceruk... Urban giler la... |
|
|
|
|
|
|
|
Eh ritu kemain wish beseday kat wife bertudung...siap ngan ayat ala-ala bukan permulaan yg penting tapi pengakhiran..gituh. Maybe ngetest market meleis?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sazreena replied at 12-6-2023 01:51 PM
Eh ritu kemain wish beseday kat wife bertudung...siap ngan ayat ala-ala bukan permulaan yg penting ...
oh yang tu heols ala2 berharap gittew semoga wifenya terbukak hati nak bertudung.
tapi serius la wife heols ada tatu? anyway anak2 theyols cute sangat. Suka baca post pasal Oja tu especially |
|
|
|
|
|
|
| |
|