CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Kedah] Kerajaan perhalusi kaedah bantu pekebun hasil susu getah

[Copy link]
Post time 11-6-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

FADILLAH Yusof memcuba meneroh getah ketika mengadakan lawatan di Kampung Chorok Gorok Baling. FOTO Syaharim Abidin

Baling: Kerajaan akan memperhalusi kaedah untuk membantu pekebun kecil menggunakan teknologi penghasilan susu getah menerusi kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan bagi meningkatkan pendapatan golongan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata penghasilan susu getah yang tinggi turut akan membantu negara mengurangkan kos import bahan itu kira-kira RM3 bilion sekali gus dapat mengurangkan aliran keluar mata wang ringgit.

"Melihat getah sekerap ini harga jualan sekarang ini sekitar RM2.40 dan RM2.70 sekilogram. Pekebun boleh beralih kepada susu getah kerana harganya RM5 sekilogram.

"Kita mahu membantu untuk pekebun kecil beralih daripada cara konvensional beralih kepada menggunakan teknologi susu getah. Kita ada teknologi ini dan digunakan secara umumnya oleh syarikat besar.

"Pekebun kecil masih belum mempunyai keupayaan untuk menggunakan teknologi ini, dan kerjasama dengan syarikat besar akan dilihat sebagai model perniagaan baru bagi membantu pekebun kecil.. pemilihan teknologi itu juga berbeza mengikuti klon pokok getah," katanya ketika ditemui selepas turun padang bertemu pekebun kecil getah di Kampung Charok Gorok di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pihaknya juga memandang serius permohonan pekebun getah yang mahu harga lantai getah sekerap dinaikkan kepada harga RM3.

"Perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kewangan kerana ia membabitkan implikasi kewangan negara. Bagaimanapun, di peringkat kementerian kita tetap fokus kepada usaha peralihan daripada pengeluaran getah sekerap kepada susu getah.

"Kita akan meneroka peluang menambahkan pendapatan pekebun kecil ini dengan membuat integrasi. Ini termasuk penanaman sayur, cili atau penternakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-hasil-susu-getah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065139 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list