CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 2

12 Hari Di Hospital, Aliff Syukri Lega Anak Bongsu Dah Boleh Balik

[Copy link]
Post time 11-6-2023 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri lega apabila anak bongsunya, Luqman Al Haqeem yang dimasukkan di sebuah pusat perubatan selama 12 hari sudah sembuh.


Sebelum ini, Luqman disahkan dijangkiti dua jenis virus iaitu Respiratory Syncytial Infection (RSV) dan Adenovirus yang mengakibatkan penurunan oksigen secara mengejut.






Katanya, sepanjang tempoh itu dia sukar memberi fokus kepada perniagaannya kerana bimbang memikirkan Luqman yang sedang sakit.


"Syukur Alhamdulillah setelah 12 hari Luqman di hospital, akhirnya dia sembuh.


"Susah hati sebenarnya dan sukar untuk saya fokus pada bisnes bila memikirkan anak sedang sakit," katanya.






Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.


Menerusi perkongsian itu, Aliff dan anak-anaknya menyambut kepulangan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan Luqman dari hospital sambil mengucup dahi anaknya yang baru berusia dua bulan itu.





"Rindu nak kumpul semula. Anak-anak pun dah rindu adik mereka. Gembira sangat kami sekeluarga.


"Terima kasih kepada doktor dan semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda,” ujarnya.


Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.


Selain Luqman yang dilahirkan pada April lalu, pasangan ini turut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lps ni nak buat lagu pakai bikini plk.. jnji masyukk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhan balas kot
Ko bt dkt ank2 angkt ko mcm2 kan..
Dulu mengata si qayum tu asyik sakit dari lahir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.369478 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list