View: 125|Reply: 0
|
Guardiola jurulatih terhebat dalam generasinya
[Copy link]
|
|
GELARAN Liga Juara-Juara akhirnya dalam genggaman Guardiola. -FOTO Reuters
Istanbul: Perjuangan panjang Pep Guardiola untuk memenangi Liga Juara-Juara sekali lagi berakhir apabila Manchester City akhirnya menakluki Eropah.
Kali terakhir Guardiola menjulang Piala Eropah 12 tahun lalu ketika dia bersama Barcelona menumbangkan Manchester United 3-1 di Wembley.
Namun kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan di Istanbul bukanlah antara yang paling bergaya buat City dalam tempoh tujuh tahun sejak jurulatih Catalan itu tiba di Manchester.
Tetapi ia adalah yang paling penting sebagai sebuah kelab yang sekian lama hidup dalam bayang-bayang United kini berjaya menyamai pencapaian Red Devils pada 1998/99 dengan memenangi treble Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara pada musim yang sama.
"(Untuk) memenangi pertandingan ini dan untuk memenangi treble adalah sangat sukar," kata Guardiola. "Itulah sebabnya hari ini tidak penting caranya, apa yang penting adalah mendapatkannya."
Pengendali berusia 52 tahun itu mengetahui mengenai margin gol yang menentukan kejayaan atau kegagalan di peringkat akhir Liga Juara-Juara.
Sejak kali terakhir memenangi pertandingan itu, dia sudahpun tewas satu perlawanan akhir, lima separuh akhir dan tiga suku akhir dalam 10 musim di Barca, Bayern dan City.
Begitu banyak tuah tidak memihak kepadanya. Lionel Messi terlepas sepakan penalti penting buat Barcelona ketika berdepan Chelsea pada separuh akhir 2012.
Thomas Mueller juga turut gagal menyebabkan Bayern kehilangan tempat di final menentang Atletico Madrid pada 2016.
Di City, campur tangan VAR menjadi penghalang Raheem Sterling pada masa kecederaan ketika menentang Tottenham pada suku akhir 2019 dan Real Madrid bangkit pada separuh akhir musim lalu daripada ketinggalan dua gol pada saat-saat terakhir hanya selepas beberapa siri penyelamatan hebat Thibaut Courtois meneruskan penguasaan Sepanyol dalam permainan itu.
Kali ini tuah menyinari Guardiola kerana dia mendakwa "ia sudah ditulis di bintang" ini akan menjadi musim City.
"Anda perlu bertuah dalam pertandingan ini," tambah Guardiola. "Pertandingan ini adalah syiling. Tetapi kami berada di sana dan ia ditulis dalam bintang musim ini ia milik kami."
Guardiola sudah dianggap sebagai jurulatih terhebat dalam generasinya dengan 11 kejuaraan liga dalam hanya 14 musim mengendalikan Barca, Bayern dan City.
Tetapi kemenangan di Stadium Ataturk juga menutup mulut pengkritik yang masih ada mengenai keupayaannya untuk menyelesaikan tugas di Eropah.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-dalam-generasinya |
|
|
|
|
|
|
| |
|