CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8226|Reply: 57

Gembira Lihat Kedua Ibu Bapa Hadir Majlis Perkahwinan, Ucapan Janna Nick Buat Tetamu Sebak

[Copy link]
Post time 10-6-2023 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Melihat ibu bapa yang sama-sama hadir pada majlis pernikahannya, selebriti, Janna Nick gagal menahan air mata ketika menyampaikan ucapan apresiasi buat tetamu dan keluarga.


Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon Nora Danish, pemilik nama sebenar, Nurul Jannah Muner menganggap kehadiran ibu bapanya itu adalah memori indah yang tidak akan dilupakan,


Sumber IG CST Production



"Saya sangat berbesar hati melihat rakan-rakan selebriti yang sanggup datang dari Kuala Lumpur terbang ke sini (Langkawi).


Dan memori yang paling tidak akan saya lupakan sampai bila-bila apabila kedua-dua buah keluarga saya dapat disatukan kembali dalam sebuah majlis.


Saya dapat tengok mak dan ayah saya dalam satu majlis. Saya dapat juga tengok Tok Wan.


Terima kasih sangat-sangat. Ia adalah perkara yang sangat bermakna untuk saya," katanya.






Sebelum ini, Janna menerusi sebuah video wawancara pernah berkongsi mengenai kisah hidupnya ketika kecil yang penuh suka dan duka.


Menerusi wawancara tersebut, aktres berusia 28 itu mendedahkan, ibu bapanya sudah berpisah ketika usianya sembilan tahun dan sejak daripada itu dia telah memilih untuk tinggal bersama neneknya.


Pada ketika itu juga, liku kehidupannya bermula dan banyak masanya dihabiskan bersama rakan-rakan.


Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.


  



Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.


Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.




Sumber: Oh Bulan, IG Nora Danish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 11:44 PM | Show all posts
....buat tetamu sebak.

Adik beradik dgn ayat ....buat netizen terhibur, ...buat hadirin bersemut.
ayat mcm copy paste je setiap tajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian lak iols dengar
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:07 AM | Show all posts
apooo nak sebak bagai... ada nampak tetamu semua pakai baju hitam ala2 victorian style ke nokkk...

gembira dan terharu patutnyaa... semua gigih nak letak ayat sebak kulu kilir hujung2 gambar pengantin potong kek tu pun sambil tersenyum... takde pun pengantin menangis...

apa2 pun selamat melambung sampai ke syiling yach yenna dan poji nawawi mix beruk salji...

tak sabar nak tengok anak quarter sweden campur pelarian melayu pattani yang kena hempuk dek siam sampai lari ke kedah...

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar jgk jn ni..dh mcm beranak 2-3..mujur muka comel manis
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Janna n Dini...semoga bahagia hingga ke syurga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2023 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju nikah dia nampk lg lawa drpd bju rsepsi ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar dari tepi mmg tak sesuai nampak nau peha tersepit tersembul gitu kan. Gabak.

Overall cantik jugak perantin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice la tema wedding mek jenna ni..mcm open concept + garden concept
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Cyst tak di jemput ker? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 10-6-2023 11:07 PM
apooo nak sebak bagai... ada nampak tetamu semua pakai baju hitam ala2 victorian style ke nokkk...

...

Macam ada nampak makcikpulutkuningkeranghutanamazon pun hadir tapi baju warnawarni xmenepati tema.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
menjad replied at 11-6-2023 06:41 AM
Gambar dari tepi mmg tak sesuai nampak nau peha tersepit tersembul gitu kan. Gabak.

Overall cantik  ...

Dia bukannya model yg badan macam hanger. Even model asyiksebutdiahitam tu pun peha dan betis gedabak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik la janna.. walaupun ramai ckp gedabak tp pada mata i ok he badan gitu.. drp kerempeng..
Mmg cantik la janna ni.. wedding pun indah je mcm Pinterest.. hubby pun hensem and matured.
Semoga bahagia janna & shazman
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Janetnasuha replied at 11-6-2023 07:50 AM
Cyst tak di jemput ker? Haha

I rs salah satu sbb cyst syg dia sbb dia tau jn ni kurang kasih syg. Sbb tu dia lyn mcm anak sdiri. Beside, dia pun xde anak pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:30 AM | Show all posts
Selamat pengantin baru yaachh…dah kawen ni hrp takde le mental illness lagi dini bagi ‘obat, khuenzzzz ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 11-6-2023 08:01 AM
Dia bukannya model yg badan macam hanger. Even model asyiksebutdiahitam tu pun peha dan betis geda ...

Sbnrnya bdn jn ni sedap2 gitu. Ramai laki suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Janna dan Dinni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lampuled replied at 11-6-2023 08:20 AM
Cantik la janna.. walaupun ramai ckp gedabak tp pada mata i ok he badan gitu.. drp kerempeng..
Mmg c ...

Maka bakalan herlok la zuriat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 11-6-2023 08:29 AM
I rs salah satu sbb cyst syg dia sbb dia tau jn ni kurang kasih syg. Sbb tu dia lyn mcm anak sdiri ...

Lg pun i rasa janna ni kategori budak baik kot dikalangan artis sbb tak de pun gossip liar dgn laki berpeleseran kan..dia cuma mcm rebel2 remaja je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 11-6-2023 08:32 AM
Maka bakalan herlok la zuriat mereka

Tggu dan lihat la rezeki mcm mn.ada yg parent helok ank2 biasa2 je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052936 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list