View: 1154|Reply: 8
|
Bahaya! Gigitan 'Ikan Pontianak' Boleh Bawa Maut
[Copy link]
|
|
Washington: Seorang nelayan di Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila menaikkan seekor makhluk parasit yang kelihatan begitu menyeramkan, lapor akhbar Daily Star UK semalam.
Eric Osinskie menangkap haiwan itu di Lembah Hudson, negeri New York pada 4 Jun lalu.
Dia berkongsi gambar haiwan yang kelihatan seakan belut dengan deretan gigi tajam itu di laman Facebook Catskill Outdoors.
Osinskie menunjukkan lamprei laut yang ditangkapnya. - Newsweek
Osinskie memberitahu majalah Newsweek: “Ia adalah perkara paling aneh pernah saya tangkap. Ia mungkin sepanjang 60 sentimeter atau lebih panjang.
“Saya sebenarnya tersilap menangkapnya. Saya fikir ia adalah kayu pada awalnya,” katanya.
Haiwan itu sebenarnya adalah lamprei laut yang kadang-kadang dikenali sebagai ‘ikan pontianak’.
Ia akan berhijrah ke sungai untuk bertelur dan menggunakan mulutnya untuk menyedut darah haiwan lain.
Mangsa kebiasaannya mati akibat kehilangan darah atau jangkitan lain. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Macam sperma cacat OKU saja rupanya.
Macam belut kacuk gamat tak cukup sifat pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
macam cacing jur ikan kampret ni |
|
|
|
|
|
|
|
gila. Iols jumpa ulat bulu, cacing nguet-nguet gerak pun dah melompat menjerit geli
ni kalau jumpa saiz gini, mau pengsan on the spot |
|
|
|
|
|
|
|
eee geli laa iols tengokk |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan lamprey nih bole dimakan katanya. Hidangan kelas atasan hokeh, esp utk raja2 Eropah zaman dulu2. Masa coronation Charles tempoh hari pun dia patut makan pai ikan nih kerana adat tradisi turun temurun. tp digantikan dgn daging ayam pulekk. btw pernah terbaca salah sorg raja England mati sbb melahap berpinggan2 pai ikan lamprey |
|
|
|
|
|
|
|
Jijikkkkkkssssss |
|
|
|
|
|
|
| |
|