CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3008|Reply: 40

Pendaki Everest Hampir Mati Diselamatkan Tapi Enggan Bayar RM46,140 Kepada Penyelamat Sherpa

[Copy link]
Post time 10-6-2023 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Kathmandu, Nepal – Seorang pendaki wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan pada ketinggian 8,500 meter dekat puncak everest di Zon Kematian diselamatkan oleh pemandu arah Sherpa.


Menerusi laporan South China Morning Post, wanita tersebut bagaimanapun enggan membayar yuran menyelamat AS$10,000 (RM46,140) kepada individu yang menjadi penyelamat nyawanya itu.


Tindakannya menyebabkan dia mendapat kritikan hebat daripada netizen di Tanah Besar China. Dua lagi pendaki gunung China yang membantu menyelamatkan mangsa pula terpaksa membayar bayaran menyelamat tersebut, demikian menurut laman berita cqcb.com.


Wanita itu enggan membayar bayaran menyelamat selepas dia hampir mati dekat puncak Gunung Everest pada bulan lalu. - Foto Weibo




Menurut media China, mangsa yang berusia 50 tahun dan berasal dari wilayah Hunan, tengah China itu ditemui oleh pemandu arah Sherpa ketika dia mengiringi seorang pendaki dari China menuju ke ‘bumbung dunia’ itu, petang 18 Mei lalu.


Pendaki yang dikenali dengan nama Fan bersetuju membantu menyelamatkan Liu dan dengan berbuat demikian, dia memilih meninggalkan impiannya untuk menakluki Everest.


Sherpa dan pendaki itu hanya berjaya mengalihkan Liu sejauh 200 meter.


Fan kemudian pergi bersendirian untuk mendapatkan bantuan dan berjumpa dengan Xie Ruxiang iaitu ahli Persatuan Pendaki Gunung Wilayah Hunan.


Ruxiang bersetuju untuk membantu menyelamat mangsa dan meninggalkan rancangannya untuk sampai ke puncak gunung tersebut.


Dia mendakwa bahawa pemandu Sherpanya pada mulanya keberatan untuk membantu sehingga dia menawarkan ganjaran AS$10,000 menyebabkannya bersetuju untuk berbuat demikian.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi xckup duit kut nak bayr, kena semnagat setiakawan jugak la kan sbab nk tlg pendaki yg berbahaya + cancel misi naik puncak
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello.. kos haji lagi mahal dari nyawa kau..

Ada marhaen bising?


dasar hanjeng
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarak guna punya olang
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia xnk byr sbb bkn dia yg mntk diselamatkan
Ehsan pendaki tu yg setuju byr sherpa 10k USD
Kiranya dia patut byr balik la sungguhpun x mntk
Klu kita pun mn la nk sanggup biar mati gitu je bila nmpk dh nyawa2 ikan

What do u sat gaisss
Gaisss oh gaisss

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Herlokk biar mereput je kat situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2023 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibarat kat jenis manusia
Bila susah buat muka sedih
Time lunch buat sedih kat pantry
Kolig ajak keluar makan…terus keluar ayat “aku takde duit weh”

Pastu member kata “takpe guna duit aku dulu…nanti gaji bayar”
Pastu bila gaji buat bodoh
Pasal dia tak minta pun berhutang
Sape suruh offer

Macik syak yang naik hampir mati kat Everest ni
Otak deme dah frozen pastu bila cair
Dia lupa ingatan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 04:53 AM | Show all posts
Lain kali mana2 pendaki yg taknak diselamatkan, baik siap2 lekat sticker khas kat jaket cthnya " Pls do not save me, just leave and let me die. Thank you."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik2nya, tiada misi menyelamat di gunung mana2 bila dah capai ketinggian tertentu. Biar je mampos. Siapa suruh panjat?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:36 AM | Show all posts
Hoh dasa pangai Jocelyn sepet
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamat mlysia yg kena kecam aritu agaknya berapa ribu bayor kt sherpa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Apesal la pendaki² everest ni byk menyusahkn org...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-6-2023 04:53 AM
Lain kali mana2 pendaki yg taknak diselamatkan, baik siap2 lekat sticker khas kat jaket cthnya " Pls ...

Kena sign buat agreeement awal2 kalo jadi apa2 kt dia jgn dicari...jgn ditolong biar je berkubur membeku kt everest nun...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
gold_teeth replied at 10-6-2023 05:45 AM
Adoi xckup duit kut nak bayr, kena semnagat setiakawan jugak la kan sbab nk tlg pendaki yg berbahaya ...


Famous montains di asia akan dengar cerita pelik begini tidak mahu bayar sherpas... Sebab asia/america latin provide porter/sherpa ini.... Even K2 ada sherpa... If depa kena seperti di denali... Friend dalam group lah cari jalan bawa turun.... Sebab hikers sendiri kena jadi sherpa.. So yang hike/summit depa totally fit... Yang hike everest 1st timer hike mountain pun ada seperti french algerian guy lupa nama .. Bukan real alpinist and hikers ber sepah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sblm naik takde kena sign pape ke kalau ditemui pengsan perlu diselamatkan atau tak, kalau setuju utk diselamatkan akan bayar kos sekian2. kalau tak nak bayar biar je mamps kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:07 AM | Show all posts
sblm selamatkan tanye la dlu ade duit tak nak bayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr kalau tau tendang je dia ke bawah. Toksah selamatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-6-2023 04:53 AM
Lain kali mana2 pendaki yg taknak diselamatkan, baik siap2 lekat sticker khas kat jaket cthnya " Pls ...

Aku buat suggestion yg sama kat benang S&R pendaki OKU tu. Macam orang yg sakit chronic/xde harapan buat surat do not resuscitate. Mudah la bagi orang disekeliling.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 11-6-2023 04:17 AM
Ibarat kat jenis manusia
Bila susah buat muka sedih
Time lunch buat sedih kat pantry

Tmpt keje iols ada sorang mcm ni.. dah pow mkn drp org2 keliling dia.. iols kalau boleh, elak drp dekat2 dgn dia.. sbb dah le pow mkn drp org, bleh membongak antor anak oberc blajaq la, antor anak blajaq A levels la, bubuh solar panel kat umah rega riban2 la, mcm2 lagi la.. baru2 ni, membongak anak dpt stret As tanpa usaha.. katanya berkat dia wat baik.. padahal dolu2 ada org sebar yg somi dia ada skendel dgn stodeng.. giteww.. iols panggey dia munapik.. sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
lainkali kalau nmpk org nyawa2 ikan atas sinun, tanpa agreement utk bayar dari org tu sendiri mohon tglkan aje membeku atas sana. tak menyusahkan org lain. mudah aje. pasni mana2 negara inform sesiap kat rakyat depa gitu.
meluat sgguh dgr cerita perihal hikers menyusahkan org ni. lainkali nak jd hiker ulung panjat gunung tertinggi make sure duit pun berkepok. agak2 marhaen miskin hrpkan pitih org tu, dok dendiam kat bawah buat kerja hakiki mcm biasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.286935 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list