CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 1

[Kedah] KPM tidak keluar ranking sekolah terbaik - Fadhlina

[Copy link]
Post time 10-6-2023 06:11 PM | Show all posts |Read mode
KPM tidak keluar ranking sekolah terbaik - Fadhlina

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Jun 10, 2023 @ 2:54pm bhnews@bh.com.my






ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang ranking sekolah terbaik di negara ini berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ranking yang tular menerusi media sosial sejak semalam adalah di luar pengetahuan pihak kementerian.

Katanya, setiap keputusan berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) itu juga bukan dipertandingkan, sebaliknya sebagai membantu sokongan ke arah peningkatan sekolah itu pada masa hadapan.

"Dari sudut Kementerian Pendidikan itu bukan satu petunjuk prestasi utama (KPI) sebab kita tak pernah sebut mengenai ranking ini. Kementerian tidak pernah mengeluarkan ranking itu. Siapa yang buat ranking itu pun di luar pengetahuan kita (Kementerian Pendidikan). Sebenarnya tidak ada apa-apa secara rasmi mengenai ranking itu.

"Apa yang diunjurkan melalui GPS sekolah itu adalah untuk sekolah itu sendiri di peringkat daerah dan negeri itu sendiri. la bukan untuk dipertandingkan kerana ia adalah untuk melihat usaha yang akan dilaksanakan pada tahun mendatang.

"Jadi tidak timbul soal ranking dan kita tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mahupun pengesahan mengenai ranking itu," katanya ketika ditemui selepas Jerayawara Pendidikan Madani Pendidikan Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Semalam, tular di media social senarai ranking sekolah terbaik SPM 2022 ekoran pengumuman keputusan peperiksaan awam itu sejak kelmarin, berdasarkan GPS sekolah di seluruh negara.

Fadhlina menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya tidak terpengaruh dengan ranking berkenaan yang disifatkan boleh berubah pada masa akan datang.

"Saya fikir kita tumpukan pada (prestasi) anak kita. Jangan terpengaruh dengan ranking kerana ranking ini akan berubah.

"Kita lihat kemajuan anak kita sendiri melalui pendekatan pengukuhan ekosistem pembabitan ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti & Sektor Swasta (PIBKS) untuk anak cemerlang," katanya.




Fadhlina bersama pelajar pada majlis Jerayawara Pendidikan Madani Pendidikan Peringkat Negeri Kedah hari ini. - Foto NSTP/Syaharim Abidin









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2023 06:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053642 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list