CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

Afizi sedia tebus kecewa di Sepang

[Copy link]
Post time 10-6-2023 02:10 PM | Show all posts |Read mode

AFIZI yakin mampu memberikan tentangan di kelompok hadapan selain mahu mengulangi pencapaian meraih mata seperti aksi pusingan pertama lalu.

PELUMBA Tobaki Pink Racing, Afizi Supaat mengakui tidak berputus asa, malah bersema­ngat untuk memburu podium sulung buat pasukannya menjelang perlumbaan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini.

Biarpun nasib tidak menye­belahi untuk meraih mata di Jempol, Negeri Sembilan dan Jasin, Melaka dua minggu lalu, namun Afizi yakin Sepang mampu memberikannya tuah dan sedia memberi tentangan di kelompok hadapan.

Tegas Afizi, keyakinan itu hadir selepas pasukannya menjanjikan jentera terbaik sekali gus tekad mampu memberikan terbaik sekurang-kurangnya menamatkan saingan di kelompok lima terbaik.

“Menjelang perlumbaan di Sepang Ahad ini nanti, saya meletakkan impian untuk berada di podium atau menamatkan saingan kelompok lima terbaik. Jika diikutkan peluang di Sepang sama rata dan siapa-siapa mampu berada di hadapan.

“Dengan litar yang cukup luas ini saya yakin Pink Ra­cing mampu melakukan kejutan. Mekanik pasukan juga memberi tahu saya bahawa mereka akan siapkan jentera terbaik untuk saya di Sepang nanti,” katanya kepada Kosmo!.

Pada perlumbaan pusingan pembukaan di Sepang, Afizi membuat permulaan yang agak baik apabila menghadiahkan enam mata buat pasukan selepas menamatkan perlumbaan 11 pusingan itu di kedudukan ke-10.

https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... s-kecewa-di-sepang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.328171 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list