CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Pulau Pinang] 47 peratus projek, program Visi Penang 2030 dilaksana - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 9-6-2023 09:56 PM | Show all posts |Read mode
47 peratus projek, program Visi Penang 2030 dilaksana - Kon Yeow


Jun 9, 2023 @ 9:39pm



Pembangunan di Pulau Pinang. - Gambar hiasan



GEORGETOWN: Pulau Pinang mencatatkan pencapaian sebanyak 47 peratus membabitkan pelaksanaan 210 projek dan program selepas tempoh lima tahun pelancaran Visi Penang 2030.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata melangkah ke hadapan, barisan kepemimpinan kerajaan negeri akan terus komited memartabatkan Pulau Pinang di persada dunia dengan cemerlang bagi memastikan Visi Penang 2030 direalisasi.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, Visi Penang 2030 mempunyai empat Tema Utama yang disokong oleh 16 Inisiatif Strategik dan dari segi pencapaian, sebanyak 210 projek dan program telah dan sedang dijalankan.

"Ia termasuk usaha untuk mempercepat transformasi digital, membina daya tahan, menggunakan data dengan cekap, lebih tumpuan memenuhi kehendak rakyat, memberi keutamaan kepada belia, memperkasa komuniti wanita dan kanak-kanak, membina hubungan ekonomi global bagi industri elektrik dan elektronik, memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat, menarik bakat, kecekapan sumber serta memupuk keterangkuman gender," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menyorot kembali tanggal 29 Ogos 2018, yang menyaksikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara digagaskan, ia merupakan wawasan pembangunan terdiri daripada empat tema utama melibatkan semua rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu berkata Tema A meningkatkan daya huni bagi menambah baik kehidupan, Tema B pula menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah manakala Tema C memperkasa rakyat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dan Tema D melabur dalam persekitaran fizikal bagi meningkatkan daya tahan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga beriltizam untuk meneruskan usaha dan komitmen untuk merealisasikan Visi Penang 2030 dalam tempoh yang berbaki tujuh tahun lagi.

"Saya amat yakin barisan kepemimpinan kerajaan negeri mampu melakukannya sebagaimana yang telah dibuktikan dalam cabaran menempuh pandemik COVID-19 sebelum ini hasil sokongan semua pihak," katanya.

Chow juga berkata dalam tempoh lima tahun memperjuang pentadbiran berintegriti, kebajikan rakyat, kelengkapan infrastruktur dan pembentukan sebuah rantaian ekosistem, kini Pulau Pinang menerajui teknologi pendigitalan serta inisiatif bandar pintar berlandaskan pembangunan sumber insan untuk menjadi sebuah negeri yang terus gemilang dan terbilang.– BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050363 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list