CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 743|Reply: 3

Pelantikan Datuk Hans Isaac Sebagai Pengerusi PSM Dipertikai, Kredibiliti Dipersoal

[Copy link]
Post time 9-6-2023 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Pelantikan Datuk Hans Isaac oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi sesi 2023/2025, dipertikai.


Kredibilitinya dipersoalkan netizen di media sosial.


Foto: IG




"Sebelum ini, saya yang dah berpengalaman sebagai anak seni selama 30 tahun pun menerima kecaman ketika menjadi Pengerusi Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Jadi, saya rasa, lebih baik saya buat kerja saya dan lama-kelamaan, orang akan tahu selepas melihat hasil kerja itu.


"Rakyat ada pendapat masing-masing. Bila kita hasilkan filem atau lagu pun, kita tak dapat puaskan hati semua orang dan akan ada orang yang tak suka. Jadi, dalam jawatan begini pun, konsepnya sama dan kita hormati pandangan mereka," katanya kepada Harian Metro.


  



Menurut Hans, jawatan barunya itu bersesuaian dengan bidang kepakaran dan pengalamannya dalam industri hiburan serta stadium yang menjadi lokasi penganjuran pelbagai acara besar.


"Ini adalah forte saya, yang mana terbabit dalam industri penganjuran dan lokasi acara serta industri seni. Contohnya, Stadium Nasional dan Axiata Arena, bukan sahaja digunakan untuk acara sukan, tetapi juga acara lain.


"Stadium adalah lokasi bukan sahaja acara sukan, tetapi seni dan hiburan tempatan serta antarabangsa. Lokasi ini semuanya adalah hak milik rakyat. Jadi, kita kena ikut, apa kehendak rakyat," katanya.




  



Tugas dan jawatannya berkuat kuasa pada bulan ini dan akan melaksanakan tugas yang diamanahkan itu sebaik mungkin.


"Tugas saya berkuat kuasa pada bulan ini (Jun) selepas Menteri KBS, Hannah Yeoh mengumumkan mengenai perkara ini beberapa hari yang lalu.


  



"Skop kerja saya adalah untuk mengendalikan ahli lembaga pengarah perbadanan dan juga hala tuju perbadanan mengikut akta serta kehendak Menteri.


"Segala keputusan bukanlah daripada saya sahaja, sebaliknya, perlu mengambil kira 14 individu lain yang berada dalam lembaga pengarah perbadanan ini," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 06:42 PM | Show all posts
apooo memang takde orang lain ke ko nak lantik???

hujung2 lantik serani terakhir di malay...
mentang2 la masih hensem... boleh buat2 geli ye dokkk...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias: apooo memang takde orang lain  ...
serani ni lg sedap dpandang dr pak cetat bangla paki kaka...utk x ot..mcm xda makhluk lain lg ke dlm harapan tu..balik2 muka tu jugak yg pegang jwtn atas2
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsia2 jilat jubo paknon sewel atlis dpt gak habuan khens .lantikan folitik kroni paknon haprakk jgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.111478 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list