View: 676|Reply: 6
|
[Tempatan]
Gerakan 'Cancel Jason Leong' meningkat di Twitter
[Copy link]
|
|
Gerakan 'Cancel Jason Leong' meningkat di Twitter
https://www.bharian.com.my/berit ... eningkat-di-twitter
Oleh Saadiah Ismail - Jun 9, 2023 @ 4:33pm
[email protected]
KUALA LUMPUR: Hanya kerana satu komen yang disifatkan tidak sensitif, pelawak tempatan, Dr Jason Leong berdepan kritikan meluas sehingga timbul satu pergerakan dikenali 'Cancel Jason Leong'.
Ini berikutan, Dr Jason menyatakan sokongan kepada pelawak kontroversi, Jocelyn Chia yang menghina dan mempersendakan Malaysia sebagai negara membangun serta membuat jenaka tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Dr Jason dilihat meninggalkan komen, "I love this bit" pada klip video yang dikongsikan di laman media sosial Chia.
Kemudian ia dibalas oleh Chia dengan menyatakan bahawa orang ramai mengambil jenaka itu dengan terlalu serius, sebelum laman sosialnya disekat daripada muncul di setiap platform.
Bagaimanapun, selepas menerima kritikan meluas, Dr Jason mengambil pendekatan dengan menutup ruang komen bagi menghalang reaksi marah netizen terhadapnya.
Chia, pelawak kelahiran Singapura, berdepan kemarahan rakyat Malaysia selepas dia membuat jenaka mengenai kehilangan MH370 dan memperkecilkan kemajuan Malaysia ketika membuat persembahan komedi di Amerika Syarikat.
Susulan daripada pergerakan 'Cancel Jason Leong' itu, seorang netizen dikenali iwayana18, berkata Malaysia perlu batalkan Jason kerana 'komen lelaki itu tidak kelakar'.
Sementara itu, netizen erwansays berkata, apa yang kelakar ialah pelawak tidak kelakar sokong pelawak tidak kelakar juga. Batalkan Jason Leong.
Bagaimanapun, hasil carian mengenai komennya itu, dipercayai sudah dipadam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tkr kerakyatan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kellyie234 at 10-6-2023 01:01 PM
Thanks to this article I can learn more. Expand my knowledge and abilities. Actually the article is very real.
prepaidgiftbalance.com
|
|
|
|
|
|
|
|
'penunggang lawak'....yakni...mempergunakan 'lawak' tuk menyampaikan 'niat sebenar'. |
|
|
|
|
|
|
|
bertuah la... ujong2 tahun depan silap2 dia plak dpt tan sri
|
|
|
|
|
|
|
|
Oi Jason Habaq kat Jocelanciao ni suh buat lawak holocaust kt US tengok apa jadi? Silap2 kena deport balik Tongsan dah la muka pon mcm terencat |
|
|
|
|
|
|
| |
|