CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1687|Reply: 17

Korea Utara Penjara Budak 2 Tahun Seumur Hidup Sebab Ibu Bapa Memiliki Bible

[Copy link]
Post time 9-6-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Korea Utara menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap kanak-kanak berusia dua tahun kerana ibu bapanya didapati memiliki Al-Kitab (bible), kitab suci penganut Kristian.


CBN melaporkan, di bawah pemerintahan Kim Jong Un, sesiapa yang memiliki Al-Kitab akan dikenakan hukuman mati manakala ahli keluarganya juga akan dipenjara seumur hidup.




Gambar hiasan




Berdasarkan Kebebasan Beragama Antarabangsa, Jabatan Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat (AS), hampir 50,000 ke 70,000 individu telah dijatuhi hukuman penjara hanya kerana mereka beragama Kristian.


Menurut sumber, seorang wanita dan cucunya dibunuh kerana memeluk Kristian sekitar 2021 manakala 151 wanita Kristian yang ditahan memberitahu bahawa mereka telah diseksa seperti menjadi buruh paksa, mangsa keganasan seksual dan sebagainya.


Difahamkan, tahanan juga tidak dibenarkan tidur dan digalakkan untuk membunuh diri.




The Sun




Disebabkan Korea Utara tidak menerima agama Kristian, mereka sengaja menyebarkan propaganda kononnya penganut agama Kristian suka merogol, membunuh, mengambil organ manusia, minum darah dan menjadi pengintip.




Sumber: OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
X de yg agama Islam ke kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana diorg tau berita2 mcm ni kat Korea utara tu ekk....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
awat tak mai..Msia Boleh...sini Msia Boleh dh mcm2 jenis orng ada...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 9-6-2023 05:02 PM
Mcm mana diorg tau berita2 mcm ni kat Korea utara tu ekk....

di youtube ada pompuan dr NK bercerita mcm mn kehidupan rakyat sana.. mcm mn dia lari ke china masa kecil dulu..
kalau depa nak contact sesiapa di china.. depa kena pergi masuk hutan.. panjat bukit utk dptkan internet..
kalau di tangkap krn nak lari keluar NK.. mmg habis 20 - 30 keturunan kena bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 10:48 PM | Show all posts
jaran sesat mmg patut ....  dah bukan rahsia kristian pro barat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2023 01:34 AM | Show all posts
satu jer masalah nyer....
mcm mano pemberita CBN ni dpt berita dari korea utara....
emmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi rakyat Korea Utara beragama apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 10-6-2023 08:42 AM
noor2 replied at 9-6-2023 04:49 PM
X de yg agama Islam ke kat sana?


Iols baca zaman Dinasti Yuan dan Ming sbnrnya dinasti Islam. X mustahil pengaruh islam pernah smpi ke semenanjung korea melalui dua dinasti ni. Lps kedatangan dinasti Qing dan lps tu communisme menghakis pengaruh islam di China dan sejarah dunia pun diputar belit terutama sejarah melayu. Dgr citer Zheng He admiral dihantar utk menyebarkan islam oleh Maharaja Dinasti Ming yg muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
NK negara communist and authoritarian sama seperti negara practise radical agama... Seperti afghanistan or saudi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
'Difahamkan, tahanan juga tidak dibenarkan tidur dan digalakkan untuk membunuh diri.'

Berita lawak apa yang aku baca ni. Agak2 lah kalau nak fitnah North Korea pun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 11:26 AM | Show all posts
mawardia replied at 10-6-2023 08:26 AM
Jadi rakyat Korea Utara beragama apa?

takde agama kaka...atau agama propaganda yang theyols anggap kim jong un punya ayah tu tuhan gaytohhh...


tapi iols lagi berminat nak tahu... kalau takde apa2 agama boleh sampai ke north korea...
bukan ke ada hujah yang boleh katakan theyols tu semua bakal masuk syurga?
(bukan pemerintah tu lah tapi rakyat2 yang tak bersalah tu)...

sebab agama islam tak boleh sampai ke sana apatah lagi agama2 lain...

silap2 agama tu pun theyols taktau apa...

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 10-6-2023 11:26 AM
takde agama kaka...atau agama propaganda yang theyols anggap kim jong un punya ayah tu tuhan gayto ...

Kan? Pelik lah penduduk NK ni. Hidup berlandaskan apa. Kepercayaan apa. Ketakutan terhadap ketua je semata. Hidup dan nyawa semua ditangan ketua. Dia yg tentukan. Gitulah gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 01:28 PM | Show all posts
mawardia replied at 10-6-2023 12:49 PM
Kan? Pelik lah penduduk NK ni. Hidup berlandaskan apa. Kepercayaan apa. Ketakutan terhadap ketua j ...

yang iols tahu pasal NK... saja nak share sikit citer...

theyols hidup dalam undang2 komunis...

rumah flat ke apartment, tv, pelajaran, makanan, elektrik semua di sediakan kerajaan...
theyols ada kasta2 ala2 sistem hindu gittuh... sorang keje ni sorang keje tu mengikut kemahiran yang di tetapkan kerajaan dia...

keta ada dua warna je rasanya tapi tak banyak model boleh pakai... dan yang pakai kete orang2 penting dalam kerajaan je...

baju dan fesyen rambut semua sepesen yang dah di tetapkan...


nak ada rumah, bina rumah, renovate rumah semua tak boleh...

komunis ni semua samarata... kalau orang ni pakai baju hitam... maka orang lain2 pun kena pakai baju hitam...
kalau rumah orang ni besar ni je... lain2 tu pun besar tu je...

macam menarik sistem theyols.. tapi tu la bosan nak mampos... dah semua sama rata je...


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 10-6-2023 01:28 PM
yang iols tahu pasal NK... saja nak share sikit citer...

theyols hidup dalam undang2 komunis...

Sedihnya hidup...
Tak boleh pakai keta besor.
Takde kebebasan membuat keputusan.
Tak boleh decide kaler baju.
Nak belajar jurusan apa.
Nak keje sebagai apa.
Kaka rasa kalau ada forum sure seminit je forum tu dibukak.
Lepas seminit kambus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 05:34 PM | Show all posts
Edited by zjen at 10-6-2023 05:36 PM
mojarean_X replied at 10-6-2023 08:39 AM
Iols baca zaman Dinasti Yuan dan Ming sbnrnya dinasti Islam. X mustahil pengaruh islam pernah smpi ...

Dinasti Yuan adalah perosak Islam,  sejak bila sayang Islam,   Empayar yg di tubuh org Mongalia,   sakai di utara China yg xde ilmu,  hanya tahu menunggang kuda dah menyerang,   Empayar Yuan Mongolia after tawan Empayar China,  terus meluaskan Empayar deols sampai ke bumi Arab ...  Empayar Arab di jatuh siapa ?    Mongolia la,    ada forumer CI penah tulis sampai Kaabah pon jatuh rosak ( Kaabah kang adalah di buat semula )   raja Arab mati di pijak kuda tentera Mongolia

Dinasti Ming pulak penah dengar citer adalah di tubuh dgn bantuan sejenis agama timur tengah,  sakan cam Islam tapi bukan Islam,  agama Yahudi, Agama Kristian semua pon berasal dr bumi Arab,  jalan cerita kitab sama je,  bermula dari Adam Hawa pastu anak deols main seks adik badik dan jadi nenek moyang semua manusia

Zheng He pulak dengar citer nenek moyang berasal dr Uzbekistan,   after berhijrah ke China dah beragama campur,  kijab Islam kijab Tao kijab Buddha ...  pasal dia eunuch,  xde telor utk kawin,   so after bersara dia jadi sami Buddha


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 10-6-2023 05:34 PM
Dinasti Yuan adalah perosak Islam,  sejak bila sayang Islam,   Empayar yg di tubuh org Mongalia,    ...

Chuols kena bezakan zaman Mongol mula2 sehingga empayar monggol terbahagi pd dinasti yuan dan juga golden horde.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba bayangkan ahli2 forum CARI kena hantar dok Korea Utara. Lgsg x leh nk tgk forum. Agak2 blh hidup tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062786 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list