CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 5

Bercinta Sebulan Lepas Kenal Di Media Sosial, Pemilik Tadika Ditipu Lebih RM1 Juta

[Copy link]
Post time 9-6-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA -Lebih RM1 juta kepunyaan pemilik tadika lesap gara-gara terlibat dalam pelaburan tidak wujud yang diperkenalkan lelaki warga Taiwan dikenalinya, sebulan lalu.


Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa berusia 53 tahun itu mengenali suspek selepas akaun sosial Instagramnya ‘ditag’ oleh lelaki tersebut yang mengggunakan nama Tan Sau Fung pada 27 April.


Katanya, suspek mendakwa kononnya menetap di Jepun dan pasangan itu menjadi rapat setelah kerap berhubung melalui talian Lime, selain berkomunikasi secara lisan serta pesanan mesej ringkas (SMS).




Gambar Hiasan




“Suspek memberitahu mangsa dia sedang mencari pelabur dalam satu perniagaan membeli barangan di dalam laman web yang kononnya beribu pejabat di Amerika Syarikat.


“Pada 7 Mei, suspek telah menawarkan mangsa supaya melabur dengan membeli barang dalam laman web terbabit sebelum menjual semula dengan keuntungan 10 peratus bagi setiap barang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.


Mengulas lanjut beliau berkata, disebabkan mangsa terlalu mempercayai suspek, dia akhirnya membuat 28 transaksi pemindahan wang ke dalam enam akaun bank berbeza diberikan lelaki berkenaan.


“Transaksi itu telah dilakukan dari tempoh 7 Mei sehingga 30 Mei lalu dengan jumlah keseluruhan pemindahan wang sebanyak RM1.064 juta.


“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diarahkan untuk membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan komisyen yang kononnya diperolehi berjumlah USD200,000 (RM923,685.55),” ujarnya.


Tambahnya, mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh pada Rabu lalu selepas mendapati laman web berkenaan gagal diakses pada keesokan harinya.


Zainol berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayo boto org Malaysia ni... Berjuta saving. Patutlah mat sabun nak kensel subsidi ayam dan tolo.. rakyat Malaysia semuanya diam diam ialah T20 maha kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeh da expired pun Masih gagah menagih cinta scam. Ha itu makan dia. Kalo da ger sgt langgan je la pelacur lelaki. Keluar modal skit.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu semua Nigerian....nk detect ko ajak je video call...sekarang ni geng scammer mengguna nama melayu islam dan pakai Google translate beekomunikasi bahasa melayu...tapi mmg nampak FAKE
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 04:19 PM | Show all posts
Kayanyer main juta juta ek..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 05:41 PM | Show all posts
padan muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057956 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list