CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki mabuk ditahan, tumbuk orang awam dan kereta

[Copy link]
Post time 8-6-2023 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki mabuk ditahan, tumbuk orang awam dan kereta


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar video tular memaparkan lelaki berusia 56 tahun dipercayai mabuk ditahan di Lebuh Chulia. FOTO tular




Georgetown: Padah tumbuk muka dan kereta orang awam ketika mabuk, seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan di Lebuh Chulia, di sini, semalam.

Dalam kejadian 8.45 malam itu, suspek turut menghamburkan kata kesat kepada anggota polis yang menahannya.

Kejadian itu tular menerusi video berdurasi tujuh saat yang dimuatnaik di Twitter memaparkan pergaduhan membabitkan individu itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati warga tempatan itu terdahulu menumbuk muka dan kereta milik orang awam.

Katanya, anggota polis yang tiba di tempat kejadian bertindak menahan suspek namun lelaki itu menghamburkan kata kesat.

"Berlaku pergelutan ketika suspek ditahan menyebabkan anggota polis cedera di tangan.

"Suspek yang tidak bekerja itu berasal dari Georgetown dan mempunyai satu rekod lampau membabitkan dadah," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Soffian berkata, hasil ujian saringan air kencing, suspek juga positif dadah.

"Suspek direman empat hari sehingga 11 Jun ini dan polis juga meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam ketika menjalankan kewajipannya.



Disiarkan pada: Jun 8, 2023 @ 4:08pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list