CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Pink Racing sedia beri tentangan di Sepang

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode

AFIZI menjadi pelumba paling cemerlang untuk Pink Racing setakat ini dan memikul harapan untuk aksi cemerlang di Sepang nanti.

PASUKAN Tobaki Pink Racing bersedia mencari ramuan terbaik bagi memastikan mereka terus memberi tentangan dalam perlumbaan Pusingan Keempat Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini.

Pada pusingan lalu di Jasin, Melaka, tuah ternyata tidak memihak kepada pasukan tersebut selepas pelumba harapannya, Afizi Supaat sekadar menamatkan perlumbaan tempat ke-19 dalam kelas CP150 selepas terlibat dalam kemalangan di Litar Jasin itu.

Pemilik pasukan, Nur Atikah Azwar berkata, dia meletakkan kepercayaan kepada para pelumbanya untuk bangkit dalam misi menebus kehampaan menjelang Pusingan Keempat di Litar Sepang (Selatan).

“Kita dah ada data kerana selalu berlumba di Sepang, cumanya kita masih perlu tingkatkan lagi prestasi jentera. Kita tahu sewaktu di Jasin, keputusan agak teruk, jadi pasukan perlu bangkit mencari keputusan lebih baik.

“Saya yakin pelumba mampu bangkit kerana Sepang litar yang besar dan pelumba yang bermula di petak belakang sekalipun mampu memberi tentangan di kelompok hadapan.

“Saya cukup yakin tiga pelumba kita mampu beraksi dengan baik. Kita sudah menyiapkan jentera terbaik buat mereka dan kali ini terserah kepada pelumba,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menjelang perlumbaan di Sepang pada hujung minggu ini, Pink Racing tetap meletakkan harapan cukup tinggi kepada ketiga-tiga pelumbanya iaitu Afizi Supaat, Harith Farhan Baharin dan Qhuwarismi Nasir untuk terus cemerlang.

“Ketika ini, Afizi mempamerkan hasil perlumbaan cukup baik dan cuma Harith saya lihat di kurang fokus pada perlumbaan. Saya harap dia mampu bangkit menjelang saingan di Sepang nanti.

“Bagi Qhuwarismi pula, ini perlumbaan keduanya dalam saingan CP150 dan saya harap dia mampu cepat serasi dengan jentera kelas perdana tersebut,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... entangan-di-sepang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054477 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list