CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

[Pulau Pinang] Farrisha buktikan OKU berkerusi roda pun boleh cemerlang

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-6-2023 02:09 PM

Farrisha buktikan OKU berkerusi roda pun boleh cemerlang




Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Nur Farrisha Hashim,18 (duduk berkerusi roda) ditemani ibu bapanya ketika diumumkan pelajar cemerlang dengan keputusan 8A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. FOTO Ihsan Pembaca




Butterworth: Jangkaan Nur Farrisha Hashim, dia hanya yakin mendapat keputusan 3A saja, namun siapa sangka memperoleh kesemua A dalam lapan subjek yang didudukinya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Lebih mengejutkan, Nur Farrisha, 18 terdiri daripada calon SPM berstatus orang kurang upaya (OKU) dari segi fizikal.

Anak bongsu daripada enam beradik itu, berkata dia mempunyai masalah kesihatan berkaitan saraf sejak lahir sehingga terpaksa berkerusi roda kerana tidak mampu berjalan.

"Setiap orang ada kekurangan tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana setiap orang perlu berani untuk mencuba melakukan apa yang ingin kita capai.

"Terus terang saya katakan untuk peperiksaan SPM yang saya duduki tahun lalu, saya hanya fokus pada subjek saya minat iaitu sains dan seni yang saya yakin subjek ini saja saya boleh dapat A.

"Memang terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pelajar cemerlang dengan keputusan 8A yang ia adalah detik bersejarah bagi saya serta keluarga," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Nur Farrisha,18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Mandin, di sini mengambil keputusan itu ditemani ibu bapanya.

Menurut Nur Farrisha, bapanya, Hashim Ishak, 70, bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat manakala ibunya, Wan Siah Yusoff, 65 bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.

"Keputusan ini saya hadiahkan untuk ibu bapa saya yang banyak berkorban walaupun kedua-duanya sudah berusia tetapi masih mencari rezeki untuk pastikan saya belajar.

"Saya nekad belajar lebih tinggi dan dapat bantu ibu bapa saya," katanya yang berminat dalam bidang seni dan animasi.

Nur Farrisha berkata, dia turut berterima kasih kepada guru dan rakan-rakannya yang banyak membantunya sepanjang dia bersekolah.

"Selain ibu yang datang ke sekolah membantu menolak kerusi roda, rakan-rakan sayalah yang sentiasa memudahkan saya. Ada masanya saya perlu ke hospital untuk menjalani rawatan susulan, mereka (rakan) serta guru akan bantu beri nota yang saya tertinggal yang ia amat dihargai," katanya.



Disiarkan pada: Jun 8, 2023 @ 1:58pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073294 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list