CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengawal keselamatan terima manfaat SKSSR arwah isteri

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Pengawal keselamatan terima manfaat SKSSR arwah isteri


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Pengawal keselamatan, Ali Che Din (kiri), 50, ketika ditemui bersama anaknya Haydar (kanan), enam tahun, di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai, Sungai Pinang, di sini menunjukkan foto isteri, Suzana Ismail, 42, yang meninggal dunia pada Mac lalu selepas 10 tahun menderita penyakit tiroid. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: "Saya tidak tahu arwah isteri ada mendaftar skim Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sukarela.

"Mungkin ini persediaan dia sebelum meninggalkan kami akibat penyakit tiroid," kata Ali Che Din.

Pengawal keselamatan berusia 50 tahun itu berkata, dia tidak menyangka dirinya dan lima anak termasuk empat berstatus orang kurang upaya (OKU) layak menerima manfaat menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) arwah isterinya.

Katanya, ia hanya diketahuinya ketika dihubungi wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas dua bulan isterinya, Suzana Ismail, 42, meninggal dunia.

Ali berkata, menerusi skim itu melayakkannya bagi menerima Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM2,000.

Manakala lima anak berusia antara enam hingga 23 tahun turut memperoleh manfaat daripada pencen penakat sebanyak RM300 sebulan.

"Dua bulan selepas isteri meninggal dunia, saya dihubungi wakil Perkeso berkenaan perkara ini dan memang terkejut kerana dimaklumkan bahawa semua prosedur sudah diselesai pihak terbabit," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Ali, anaknya yang pertama hingga keempat adalah OKU dengan masalah pembelajaran yang mana anak sulung bekerja sebagai penghantar e-hailing, tiga lagi masih menuntut di sekolah pendidikan khas dan seorang lagi di pra-sekolah.

"Pendapatan saya juga tidak seberapa, sekurang-kurangnya manfaat diterima dapat diguna bagi persekolahan anak dan itulah yang sering difikirkan kerana sebelum ini semuanya diuruskan isteri.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Perkeso atas inisiatif dalam memperkenalkan skim ini kepada suri rumah yang tidak bekerja," katanya ketika menerima Kunjungan Ziarah Prihatin oleh Pengurus Perkeso Georgetown Mohd Asri Mohd Rasid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Kim.

Mohd Asri berkata, manfaat menerusi SKSSR itu adalah mengikut Akta 838 dan sekaligus bertujuan meringankan beban keluarga pencarum.

Katanya, terdahulu pihaknya mengesan Allahyarham Suzana mencarum sendiri sebanyak RM20 sebulan menerusi skim itu sejak ia diperkenalkan pada Disember tahun lalu.

"Proses dilakukan dengan segera sebaik mendapat maklumat dan ini adalah kes pertama membabitkan pencarum di bahagian pulau negeri ini," katanya.



Disiarkan pada: Jun 8, 2023 @ 1:51pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.835599 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list