CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Pulau Pinang] Setiausaha syarikat ditahan bantu siasatan kes tipu RM207,832

[Copy link]
Post time 7-6-2023 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Setiausaha syarikat ditahan bantu siasatan kes tipu RM207,832

07 Jun 2023   08:31pm








BALIK PULAU - Seorang lelaki yang memang dikehendaki polis berhubung kes penipuan tawaran perkhidmatan import dan eksport 26,400 kilogram kaki ayam sejuk beku bernilai RM207,832.23 ditahan semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 48 tahun yang merupakan setiausaha sebuah syarikat itu, ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

"Lelaki itu ditahan ketika hadir menyerah diri kira-kira 12.20 tengah malam semalam dan sebelum ini memang dikehendaki polis, bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan import dan eksport kaki ayam sejuk beku tersebut.

"Polis kini sedang mengesan beberapa lagi individu dan saksi lain bagi membantu siasatan kes tersebut, kes itu disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 24 Mei lepas, polis menahan seorang pengarah syarikat dan rakannya bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan membabitkan tawaran perkhidmatan import dan eksport kaki ayam sejuk beku membabitkan kerugian RM207,832.23.

Dua lelaki berusia 46 dan 60 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049329 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list