View: 990|Reply: 11
|
Jangan Kutuk Sembarangan, Maman Minta Generasi Muda Hormat Penyanyi Legenda Tanah Air
[Copy link]
|
|
Dah jadi macam trend pula apabila artis legenda tanah air dikecam dan dipermainkan oleh netizen biarpun kesalahan yang dilakukan amat kecil.
Ia menimbulkan kekesalan kepada penyanyi kumpulan Teacher's Pet, Maman, 53, yang terkilan dengan situasi yang semakin menjadi-jadi itu.
Foto: Harian Metro
"Sangat ketara sekarang. Satu budaya yang dibawa generasi muda adalah hilang rasa hormat. Saya sebenarnya agak bimbang dengan nasib 'rockstar'.
"Apa salah mereka? Kita tidak boleh mengutuk sembarangan. Artis juga manusia.
"Ada artis sampai tidak boleh melihat telefon kerana kecaman yang dilemparkan oleh netizen," katanya kepada Harian Metri.
Penyanyi yang popular dengan lagu Warisan Wanita Terakhir dan Seringkali ini berkata, dia berharap peminat dapat menghargai penyanyi dan pemuzik legenda tanah air yang pernah memberikan sumbangan besar dalam industri muzik.
"Kasihan kepada 'rockstar' seperti Amy Search dan Man Kidal kerana mereka adalah kebanggaan buat negara. Tanpa mereka, saya rasa anak-anak kita tidak mengenali pun muzik Malaysia.
"Mereka sudah memberi banyak kepada industri muzik. Di mana kedudukan mereka di mata peminat sekarang?
Beginikah caranya kita membalas jasa mereka?
"Saya harap kita dapat galakkan kepada orang ramai untuk menghormati artis yang pernah kita hargai dulu," katanya.
Bercerita mengenai album Aku, Maman berkata, ia adalah buah tangan terbarunya yang menampilkan kelainan dari segi konsep lagu dan imejnya selepas 20 tahun menyepi dari dunia seni tempatan.
Ia memuatkan tujuh lagu antaranya Lafazkan, Rahsia, Kejauhan, Warisan Wanita Terakhir, Ibu, Anak dan Belaian Rindu yang dipersembahkan dan mungkin memberi jawapan kepada misteri kehilangannya.
Maman menyifatkan penghasilan dan kemunculan album ini sesuatu yang bernilai selepas dia mengalami rasa kehilangan dan kemurungan seperti dunia sudah berakhir.
Dia yang berkahwin dengan Faizah Mohamed Amin dari Malaysia pernah berdepan pengalaman pahit.
"Tapi Allah gantikan dengan yang baru. Apa yang Allah ambil dari kita agak berat. Tapi Allah gantikan dengan yang lebih baik. Kita kena percaya dengan kerja Allah," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
amy search kena kecam ke? takde pun kan...
ke ko nak bekap toktan tu nokkk... harap jangan yach...
jangan sampai kaka cancel ko sekali k...
iols ada kuasa k...
iols dah cancel ramai orang k...
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamak dah botak.. Dulu rambut dia sikit punya lawa |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaah engko.
Zaman kau mendonia dulu (mendonia ke?), kau pon seharusnya membahan jgk kan retis2 tua. Cuma time tu takde social media, so tak ler si tua2 tu semua nak fefeling tersentuh dan tak sanggup pegang Phone.
Skrg kau dah rentua, kau plk kena bahan. Hah begitu la putaran hidup, kalau kau nk tau.
Bak kata org2 Johor - The circle of life.
Ha gichewww
|
|
|
|
|
|
|
|
ewah ewah apesal nk hormat kauuu |
|
|
|
|
|
|
|
whoryus... rockstar tak rockstar kalau salah iols kecam jahhh |
|
|
|
|
|
|
|
kepam berkerak btl pakcik nih |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu rambut kemain santek |
|
|
|
|
|
|
|
Jeruk daun maman tau la aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|