View: 483|Reply: 1
|
Zaiton Sameon Selalu Dipanggil Untuk Menyanyi Di Majlis Makan Malam, "Kalau Majlis Orang Cina, Saya Nyanyi Lagu Cina"
[Copy link]
|
|
Zaiton Sameon amalkan pemakanan sunah dan hasilnya dirinya kekal sihat dan cergas di usia 66 tahun.
Kata penyanyi itu, amalan tersebut juga membantu menguatkan minda dan membolehkan dia mengingati lirik lagu-lagunya ketika membuat persembahan secara live.
Foto: IG
“Pemakanan yang saya amalkan adalah pengambilan madu dan kurma pada setiap pagi.
“Ada orang ingat saya sudah tak boleh menyanyi. Hakikatnya, saya masih ingat semua lagu termasuk lagu asli dan sebagainya tanpa bantuan prompter,” katanya kepada Utusan.
Zaiton memulakan karier nyanyian seawal era 80-an dan pada masa sama, merakamkan album Menaruh Harapan.
Namun, hidup penyanyi bertaraf legenda ini berubah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan anaknya pada tahun 1990.
Dalam pada itu, Zaiton meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kepercayaan untuk membuat persembahan dalam majlis dan acara rasmi.
“Alhamdulillah, saya banyak dipanggil untuk menyanyi sempena majlis makan malam. Kalau majlis orang Cina, saya nyanyi lagu Cina.
“Bayaran yang diberikan juga setimpal. Alhamdulillah,” katanya lagi.-CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
ok nekkkkk semoga mura rejekii |
|
|
|
|
|
|
| |
|