CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Kedah] Pesakit barah usus tahap 4 buntu masalah kewangan

[Copy link]
Post time 7-6-2023 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit barah usus tahap 4 buntu masalah kewangan

Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.my



Ernie Suzianti membantu memasang beg stoma suaminya, Marzuki Ismail yang menghidap barah usus tahap empat. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Jitra: Pesakit barah usus tahap empat, Marzuki Ismail, 51, buntu memikirkan masalah kewangan yang dihidapi untuk rawatan di hospital selepas wang simpanannya makin susut.

Katanya, dia yang sebelum ini menjadi tulang belakang keluarga untuk menyara keluarga dengan bekerja sebagai juruteknik kini tidak dapat lagi bekerja sejak disahkan menghidap barah itu pada 2017.

"Wang simpanan ketika bekerja dulu sudah habis digunakan untuk membiayai kos rawatan termasuk kemoterapi.

"Doktor beritahu yang sel barah sudah merebak dan kemoterapi tidak lagi sesuai untuk saya, dan hanya perlu makan ubat yang diberi," katanya ditemui di rumahnya di Taman Mutiara Naga, Kepala Batas di sini, hari ini.

Menurutnya, dia dikesan menghidap barah usus selepas menjalani rawatan di Hospital Jitra, kira-kira enam tahun lalu selepas mengalami masalah untuk membuang air besar ketika itu.

Katanya, pada mulanya doktor mengesahkan dia hanya mengalami penyakit angin tetapi sakit itu berpanjangan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

"Doktor memberitahu, ketika itu usus berlipat dan perlu menjalani pembedahan untuk memotongnya sebelum mendapati ada ketumbuhan.

"Walaupun tiada lagi rawatan sesuai untuk saya, tetapi saya perlu menjalani rawatan jika keadaan kesihatan merosot," katanya.

Marzuki berkata, dia kini bergantung pada isterinya, Ernie Suzianti Abdul Rahim, 38, yang menjual kuih untuk jualan setiap hari bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Katanya, tempahan kuih yang diterima bergantung kepada permintaan pelanggan. Mereka mampu memperoleh kira-kira RM50 sehari.

"Itupun bergantung kepada keadaan, kalau saya tak sihat, isteri tidak buat kuih malah setiap hari, isteri yang uruskan semuanya di rumah termasuk persekolahan anak tunggal kami, Damia Nur Aisyah Marzuki, berusia 10 tahun," katanya.

Menurut Marzuki, dia kini memakai beg stoma untuk membuang air kecil selain minum susu formula khas.

Sumbangan boleh disalur ke akaun Bank Simpanan Nasional di 0299541100282513 atas nama Ernie Suzianti.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal yang mengunjungi Marzuki menyampaikan sumbangan wang, barangan keperluan dapur, susu formula khas serta beg stoma untuk kegunaannya.



Disiarkan pada: Jun 7, 2023 @ 3:05pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.096413 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list