CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1220|Reply: 17

Anne Ngasri Minta Tolong Darling Nak Terbitkan Jemputan Ke Neraka, Syukur Tak Ada Babak Yang Kena Potong

[Copy link]
Post time 7-6-2023 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Anne Ngasri  ninta tunjuk ajar kakaknya, Darling dalam menerbitkan filem sulungnya berjudul Jemputan Ke Neraka.


Kata Anne, Darling juga merupakan mentor terbaik dalam memberikan tunjuk ajar selain wanita itu cukup memahami kehendaknya.


Foto: IG




"Jika tanpa Darling rasanya sukar juga untuk saya menerbitkan filem kerana jadual kerja yang agak padat. Darling sememangnya seorang mentor saya dalam bidang penerbitan sebab itu dia menjadi penerbit penyelaras.


"Bukanlah tidak yakin dengan orang lain, tetapi kerana ini filem sulung produksi saya, jadi kalau boleh saya mahu semuanya mengikut kehendak dan piawaian yang ditetapkan. Darling sudah berpengalaman dan juga kakak saya, jadi dia tahu apa yang saya inginkan.


"Memang saya mengaku sebagai penerbit baru saya mendapat banyak bimbingan dan tunjuk ajar daripada Darling sebab dia lebih berpengalaman dalam bidang penerbitan," katanya kepada mStar.




  



Filem bergenre seram ini mendapat sentuhan Amor Rizan sebagai pengarah dan bakal ditayangkan bermula 22 Jun


Sementara itu Darling atau Nasreen Ngasri, 40, memberitahu dia amat yakin dengan hasil kerja pengarah itu yang sebelum ini pernah menghasilkan drama serta filem berkualiti.


Dalam masa sama, dia juga berdebar menanti sambutan penonton meskipun yakin genre sebegini mudah diterima peminat filem.


"Saya suka penulisan dan kerja Amor Rizan serta yakin dengan kualiti kerjanya. Sebenarnya ini juga filem pertama Amor, jadi bukan kami sebagai penerbit sahaja yang berdebar tetapi Amor juga," ujarnya.




  



Bercakap tentang tajuk filem ini yang mungkin dianggap keterlaluan atau sensitif, kata Darling ia telah mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).


Malah dia juga meluahkan rasa syukur kerana tiada sebarang pemotongan dilakukan kerana sejak awal pengambaran dia sendiri amat menitik beratkan semua isu sensitif.


"Tidak ada babak yang dipotong sepanjang proses penapisan kerana kami memang berjaga-jaga agar filem ini sesuai dengan penonton Malaysia. Sayanglah jika filem ini tidak dapat ditonton secara meluas," jelasnya.




  



Filem terbitan AN Universal Sdn Bhd ini dibintangi oleh Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi dan Aleza Shadan.


Ia memaparkan kisah sekumpulan bekas rakan sekolah menerima jemputan ke perkahwinan misteri di sebuah sebuah banglo mewah. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ohhhh citer misteri
mcm best gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa suami dia nampak lebih tua daripada bapak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 01:59 PM | Show all posts
family diorang ni macam vampire tak dimamah usia, abang dia dah ada cucu lagi tapi atok steady je nampak muda
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 02:06 PM | Show all posts
lamanya tak nampak darling... sheols memang berhenti berlakon terus ke?
dah la best theyols adik beradik ni berlakon termasuk sedara mara noreen pelahap babee tu... muka dah laki sotong kering tolak tepi gittuhh... iols tetap nak puji bakat theyols...

gaytooohh...


Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 02:07 PM | Show all posts
miss_perfect replied at 7-6-2023 01:11 PM
Kenapa suami dia nampak lebih tua daripada bapak dia...

cepat2 iols scroll atas nak belek2 balik...

a'ah betul lah... kalau ada gambar satu frame...

orang mesti ingat tu bapaknyaaa anne tengah main dengan cucu2...

ampunnnn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_perfect at 7-6-2023 02:32 PM
dudaberhias replied at 7-6-2023 02:07 PM
cepat2 iols scroll atas nak belek2 balik...

a'ah betul lah... kalau ada gambar satu frame...


I Googled kan... Anne ni lahir 1984, ayah dia lahir 1950 so beza dia dengan ayah dia 34 tahun. Beza umur Anne dengan suami 12 tahun je. But whyyyy.... (tak sampai hati nak sambung)

Tapi bagusnya Anne masih nampak muda walaupun kahwin dengan lelaki yang nampak tua. Blessed by genetic gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 7-6-2023 02:25 PM
I Googled kan... Anne ni lahir 1984, ayah dia lahir 1950 so beza dia dengan ayah dia 34 tahun. Bez ...

Laki tua pun anne tetap nampak muda.

Xcam tok ti.. nampak kertu dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2023 02:52 PM | Show all posts
Adik beradik deme ni nampak rapat2 kan? Eloookkk je .. muka pun sama je masing2 nampak muda... Xde kontroversi sgt... mcm teratur je hidup deme.  Bab Anne kawin ngan org tua tu dah jodoh deme bior le.. bukannya dia ambik laki org kan? Ate, bahagia elok je dia ngan laki dia yg ni dr yg mula2 dulu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar yg pakai baju raya purple tu anne nampak mcm kakak2 je haha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 7-6-2023 02:44 PM
Laki tua pun anne tetap nampak muda.

Xcam tok ti.. nampak kertu dah.

I rasa kan, Tokti nampak tua sebab gaya dia macam orang tua, especially fesyen-fesyen dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 09:30 PM | Show all posts
Nape mak & ayah anne tak bergambar sekali masa gambar raya tu??? dah berpisah ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jumpa anne dekat legoland. Tak sombong. Asyik senyum jer dgn org. Tengok dia dgn anak2 bujang dia, mcm adik beradik jer.

Anak aku cukup minat dengan bell ngasri. Asyik ulang tengok cerita joyah, bedah tong gas n presiden kampung morten.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah elok cebur diri dlm politik, dah ada pangkat tinggi
Awat la masuk jadi penerbit pulak
Sat2 nnti org akan mengata n jatuh fitnah dpt duit dari mana..mula la seteru politik nnti mengorek smpai dlm kain punca duit / modal mai dari mana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dorang adik beradik ni tak nampak tua banding dgn umur dorang. Dah 40an masing tetap nampak muka budak adik beradik. Bagus anne ambil pengarah macam amor rizan untuk arah filem terbitan dia. Macam darling kakak dia, selalu tersasar pilih pengarah untuk product terbitan dia dan filem flop. Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 09:32 AM | Show all posts
anne ni muka mmg putih licin berseri dr kecik untuk betok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 12:29 PM | Show all posts
takleh move on dari watak mardiah..asal tgk dia je terbayang mardiah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 02:21 PM | Show all posts
laki di darling tu duit berkepuk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.450701 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list