View: 1820|Reply: 17
|
Nama 'Sol' Diseru-Seru, Syamsul Yusof Tak Gentar Ke Aaron Aziz Bersalaman Dengan Chris Hemsworth?
[Copy link]
|
|
Tercapai juga hasrat pelakon Datuk Aaron Aziz untuk bertemu dengan bintang Hollywood Chris Hemsworth apabila diundang ke tayangan perdana filem Extraction 2.
Dalam acara yang diadakan di Manila, Filipina itu, beberapa pelakon lain dari Malaysia turut dijemput hadir.
TikTok
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, dijemput naik ke pentas bersama aktor Iedil Dzuhrie Alaudin untuk bersalaman dan bergambar dengan Chris dan Sam Hargrave.
Meluahkan rasa syukur atas peluang bertemu dua aktor hebat itu, Aaron berkata, pertemuan itu adalah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.
Aaron turut memuji kehebatan filem lakonan aktor Hollywood itu yang disifatkan 1,000 kali lebih baik daripada Fast X.
"Alhamdulillah, inilah surprise yang abang katakan. Allah tahu yang terbaik. Aksi lawan gempak gila.
"100 kali ganda lebih baik daripada filem Fast X," katanya.
Aaron berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen yang menyifatkan peluang Aaron bertemu dua pelakon berkenaan sebagai rezeki selepas namanya digugurkan daripada filem Original Gangster arahah pengarah Syamsul Yusof.
Peminat turut mengucapkan tahniah atas peluang diberikan dan yakin Aaron akan mendapat rezeki lebih baik selepas ini.
"Rezeki Allah tak pernah salah alamat buat hamba-Nya yang sabar.
"Orang tak nak kita, Allah gantikan yang lebih padu," kata netizen.
Sebelum ini, timbul kontroversi apabila Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan.
Aaron bagaimanapun dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Syamsul beberapa kali datang ke rumahnya bagi membincangkan mengenai tawaran lakonan dan sedia maklum tentang tahap kesihatan dialami.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Sam rupanya.. ku igtkan mamu td |
|
|
|
|
|
|
|
Mestilah tak gentar... Takat dapat salam jah....
Sol tengah aman2 jah pergi welding kat bengkel kimpalan besi untuk tanam mentos dekat gusi... Sesambil scaling tu pomen tu kikis sisa2 kuetiau goreng haritu pakai grinder...
Gaytohhhhh....
|
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 6-6-2023 05:04 PM
Sam rupanya.. ku igtkan mamu td
Omg apsal iols pun ingat tu si mamu sabut nyoq...
Bila cuols sebut sam baru perasan...
Eeee geli la jantan penuh sabut nyoq ni... Penat nak kena kopek mengopek nak cari mulut nak comolot siap kena tebas2 pakai mesin rumput.... Choiii baik jadi andartu jah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Awat netijen macam kekeliruan ingat bam harun berlakon sekali ngan Thor dlm film tu. Gaya caption heol pun mcm menjurus begitu. Dapat photo2 atas pentas sekali sajork rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Bamg haron terselit pun mgkin watak tiang letrik jah dlm cter chris nehh... |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm..takat Salam...bersyukurla ada producer filem melayu mcm.samsol undang dia berlakon sebelum ni...esok2 umur 50 x de sapa nk ambil dah...pi International jauh sekali |
|
|
|
|
|
|
|
CurangLagi replied at 6-6-2023 05:06 PM
Ingatkan blakon samaa
Tu la.. Berulang kali me baca.. Adoiii.. Nitezen pun
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan berlakon sekali baru nak usha teasernya |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm btol la tok ron dah kurus. Sol dah nengok belum tok ron dah kurus ni?
Anyway takat salam je la tok. U ols pun sakit blakang. Toksah mengade nak amik job aksi lak. Kang pape jadi naya. Sape nak bayar bil! |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 6-6-2023 05:06 PM
Mestilah tak gentar... Takat dapat salam jah....
Sol tengah aman2 jah pergi welding kat bengkel kim ...
Sabut nyor mcm mamuparpukari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ak xnk komen banyak... Nak bgth chris hensem je.. Kbai... |
|
|
|
|
|
|
|
apo nak bangga nya. setakat datang nonton dia punya nak perli sol lol pls la balik singapore |
|
|
|
|
|
|
|
Xde gentarnye Sol... Saka kazar Ada bekap blkg Sol. |
|
|
|
|
|
|
|
Bamharon pun ozempic gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Abg harun nak review movie pun takboleh la nak bandingkan dgn filem lain. Genre sama tapi tema lain. FF tu tema kereta, bang.
Cerita seram pun ada beza ya. Ada yg jenis suspen je tapi hantu takde, ada yg jenis kena rasuk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|