|
Tiga kali mengalami fasa kegagalan rumah tangga tidak melemahkan semangat Tom Cruise untuk memiliki teman hidup.
Memetik laporan Mirror UK, pelakon berusia 60 tahun itu berkata, dia terbuka untuk mencari pasangan dan yakin akan menemui wanita yang sempurna.
Getty
Terbaharu, Tom dikaitkan dengan penyanyi Shakira, namun wanita itu dikatakan tidak berminat dengannya.
Bagaimanapun, Shakira memohon agar Tom berhenti menggodanya kerana dia sedang melalui fasa rumit berikutan perpisahan yang menyakitkan bersama pemain bola sepak iaitu Gerard Pique.
Dalam pada itu, menurut sumber, rakan-rakan pelakon filem Mission Impossible itu telah memberikan beberapa nasihat tip temu janji untuk aktor berkenaan mencari teman hidup.
"Tom sangat suka untuk bertemu dengan seseorang yang istimewa dan dia percaya gadis yang tepat itu ada di luar sana," kata sumber.
Untuk rekod, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali termasuk bersama bintang popular Hollywood iaitu Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes.
Aktor berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Isabella Jane Cruise, 30, Connor Cruise, 28, dan Suri Cruise, 17.
Sumber: mStar |
|