CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Sharapova makin kaya

[Copy link]
Post time 4-6-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Maria Sharapova kini lebih dikenali sebagai usahawan berjaya selepas menamatkan karier dalam tenis.

SEPANJANG dua dekad pertama abad ke-21, Maria Sharapova adalah seorang daripada pemain dominan dalam kancah sukan tenis wanita dunia.

Dia merangkul lima kejuaraan Grand Slam termasuk keupayaan mengungguli takhta Wimbledon 2004 pada usia remaja 17 tahun.

Sejak saat itu semuanya berubah.

Penaja seperti Nike, Evian, Porsche dan Tag Heuer menawarkan warga Russia itu yang kini berusia 36 tahun dengan perjanjian komersial lumayan.



'Glamour' bergambar bersama majalah fesyen menjadikannya lebih terkenal di luar gelanggang tenis.

Pada usia 32 tahun akhirnya Sharapova menggantung raket selepas sebelumnya menjalani penggantungan 15 bulan kerana didapati bersalah menggunakan bahan terlarang.

Sekalipun ia mungkin sedikit menjejaskan kariernya sebagai pemain, sejak bersara dia menjadi mentor luar biasa buat usahawan wanita.

Syarikat gula-gula miliknya Sugarpova, yang mana dia melabur kira-kira £400,000 (RM2.28 juta) 11 tahun lalu, kini semakin maju dan bernilai £150 juta (RM855 juta).

Secara tahunan ia menjana keuntungan purata £16 juta (RM91 juta).

Perjalanannya daripada seorang bintang tenis seksi kepada pelopor perniagaan global sudah lengkap.

Ia bermula di Sochi.

Pusat peranginan musim panas Sochi, yang terletak di Laut Hitam, agak sinonim dengan dunia sukan.

Terbaharu, ia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.

Namun ia juga tempat bermulanya Sharapova mengimpikan kejayaan dalam sukan tenis. Dia hanya berusia tiga tahun apabila berpindah ke bandar itu bersama ibunya Jelena dan bapanya Yuri.

Pada usia empat tahun, anak kecil yang bercita-cita besar itu sudah mula berminat bermain tenis dan menerima pemberian hadiah raket daripada Aleksandr Kafelnikov, bapa kepada Yevgeny yang kemudiannya merangkul dua gelaran perseorangan Grand Slam sekali gus menjadi pemain nombor satu dunia pertama Russia.

Dia menerima bimbingan pertama daripada mentornya Yuri Yutkin hinggalah takdir membawanya ke Amerika Syarikat (AS).

Pada satu klinik tenis dikendalikan Martina Navratilova di Moscow, dia memikat mata pemilih dan diberikan peluang meninggalkan negara komunis itu untuk berpindah ke Florida dan berlatih di bawah tunjuk ajar Nick Bollettieri di Akademi IMG, yang mana pemain seperti Andre Agassi, Monica Seles dan Anna Kournikova mengasah kemahiran mereka.

Dengan hanya berbekalkan duit simpanan £563 (RM3,200) dan tidak fasih berbahasa Inggeris, Sharapova dan Yuri berhijrah ke AS pada 1994 - disebabkan kekangan visa, Yelena hanya menyertai mereka dua tahun kemudian.

Ketika baru berusia 17 tahun, Sharapova meraih kemasyhuran global apabila mengalahkan juara bertahan dan pilihan utama, Serena Williams pada final kejohanan Wimbledon.

Pada 2005, dia sudah bergelar pemain nombor satu dunia dan ia disusuli kejuaraan Grand Slam keduanya - Terbuka AS setahun kemudian.

Sharapova kemudian menokok tiga lagi gelaran Grand Slam dalam senarai pencapaian gemilangnya, Terbuka Australia 2008 dan Terbuka Perancis pada 2012 dan 2014.

Di gelanggang, dia amat terkenal kerana menjadi pendengus paling kuat dalam tenis.

Pekikan dan jeritannya yang memekakkan telinga semasa berusaha mencari mata terlalu kuat sehingga pernah merekodkan catatan lebih daripada 100 desibel.

Dia mengumpul hadiah wang AS$38,777,962 (RM177,520,984) sepanjang kariernya, catatan keempat terbanyak sepanjang zaman selain merangkul 36 kejuaraan karier.

Lupakan legenda tenis ini.

Dia kini seorang ahli perniagaan wanita terkemuka yang menjana lebih banyak wang berbanding sebelum ini.

INFO

Nama penuh: Maria Yuryevna Sharapova

Negara: Russia

Kediaman: Bradenton, Florida, AS

Tarikh lahir: 19 April 1987

Tempat lahir: Nyagan, Soviet Union

Tinggi: 1.88m

Beralih profesional: 19 April 2001

Bersara: 26 Februari 2020

Hadiah wang kemenangan: AS$38,777,962

Rekod karier: 645–171

Kejuaraan karier: 36

Ranking terbaik: No 1 (22 Ogos 2005)

Kejuaraan perseorangan Grand Slam:

* Juara Terbuka Australia 2008

* Juara Terbuka Perancis 2012, 2014

* Juara Wimbledon 2004

* Juara Terbuka AS 2006
https://www.bharian.com.my/sukan ... harapova-makin-kaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.779812 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list