View: 1819|Reply: 22
|
Remaja Perempuan 17 Tahun Ditahan Polis, Ugut Sebar Gambar Tidak Senonoh Seorang Wanita
[Copy link]
|
|
Tangkak: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya ditahan kira-kira 4 petang semalam susulan laporan dibuat seorang wanita di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak Isnin lalu. di Taman Seri Nilam, di sini, semalam.
Remaja perempuan itu dikatakan memeras ugut menyebarkan gambar tidak senonoh wanita berkenaan sehingga menyebabkan kerugian RM27,000.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati suspek menggunakan laman Facebook (FB) milik individu lain atas nama 'Rayyan Razak' untuk mengugut menularkan gambar tidak senonoh wanita berusia 20 tahun itu jika gagal menyerahkan sejumlah wang.
"Kejadian berlaku selepas mangsa mengenali suspek melalui Instagram bermula 28 Januari lalu.
"Sejak itu, wanita itu menyerahkan RM27,000 kepada suspek melalui 32 transaksi dan tiga akaun berlainan selepas suspek terus mengugutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ugutan terakhir dilakukan suspek pada 11.20 malam Rabu lalu apabila suspek meminta wang RM600 lagi menyebabkan mangsa nekad memberitahu ibunya berhubung perkara itu sebelum membuat laporan polis.
"Siasatan mendapati mangsa tidak pernah bertemu secara bersemuka dengan suspek.
"Ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah telefon berjenama Oppo berserta kad sim, sekeping kad bank dan wang tunai berjumlah RM152 daripada suspek," katanya.
Katanya, suspek direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mn blh dpt pic bogel tersebut? Iols speku tuan badan yg sendiri rela bagi |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah ada org email tulis ada gambar half nude aku, ugut minta duit kalau tak bg duit dia nak sebarkan. aku reply je, sebarkan lah sebab aku yakin aku tak pernah bg gambar bogel aku kat sesiapa. pastu dia move on dengan bgtau dia hack phone aku so gambar2 tu dpt dari camera phone aku, dia boleh remote recording yada yada. mampos aku tak layan |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 3-6-2023 06:55 PM
aku pernah ada org email tulis ada gambar half nude aku, ugut minta duit kalau tak bg duit dia nak s ...
sebar jelah cakap kat dia, takut nanti dengan dia sekali ke dalam. Ugutan tu satu hal, security breach dah satu hal. |
|
|
|
|
|
|
|
gitu budak sekolah pun dah pandai catfish orang. yang ni nampak la jugak motif. yang lelain tu duk catfish buat apa? nak perhatian? |
|
|
|
|
|
|
|
hebak dan beraninya bdk 17thn pompuan lak tu. byk dah dpt duit tu. org kalut ribut berperang dgn buku nak spm, dia sakan dok peras ugut org.
|
|
|
|
|
|
|
|
meols rasa diorg buat video call, jd masa video call tu, mangsa maybe ada buka2 baju ke, tertuduh save the video call, screenshot jd still photos...the same method pnh berlaku seblum nie, tapi mangsa lelaki...
moral of the story, hati2 kalau nak video call dgn org yg baru dikenali....
|
|
|
|
|
|
|
|
advance betul budak2 skrg..tu yg 20 tahun dah bunuh org...
|
|
|
|
|
|
|
|
ok kenal kt ig
pastu mcm mane pompuan boleh bg pic bogel kt pompuan jgk??
ke spesis pelangi |
|
|
|
|
|
|
|
Makin scary yachh dengan apa yg manusia boleh buat zaman skrg. Giler betol bebudak skrg, umor 17 tahun dah terpikir nak blackmail org |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 3-6-2023 06:55 PM
aku pernah ada org email tulis ada gambar half nude aku, ugut minta duit kalau tak bg duit dia nak s ...
maknanya...memang ada la...cuma x pernh bg kt orng jer.......ke![](static/image/smiley/default/icon_rolleyes.gif) ![](static/image/smiley/default/what.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dia menyamar jd rayyan tu kan
Pakai pic laki nak ngenakan pompuan
Selalu laki yg pakai pic pompuan nak ngenakan org laki
Pandai ko cari duit budak oii! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dpt duit 27k... dasyatt mangsa pon bnyk duit...tp bila budak pompuan tu kena tangkap ada 152rm je? Mana g duit bnyk2 tu..boros nau ko dek |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg kan da ade teknologi AI, kalau gambar ko tersebar ko salahkan je AI, ckp gmbr tu edited. Noktah. 1 je paling penting kalau kena ugut takyah layan. Ko ingat dia akan stop? Hell no! |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 3-6-2023 10:47 AM
Mcm mn blh dpt pic bogel tersebut? Iols speku tuan badan yg sendiri rela bagi
Rasanya geng LBGTQ ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia perempuan yang menyamar jadi lelaki. Amat susah nak video call.
|
|
|
|
|
|
|
|
ke sejenis tomboy? ke mangsa pun minat tomboy....lesbo gitu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|