|
BUADES (tengah) dilihat terbaring selepas diserang penyokong Bordeaux. FOTO AFP
Paris: Kunjungan Rodez ke Bordeaux dalam aksi Divisyen Dua Perancis dihentikan hanya selepas 23 minit permainan apabila pemain pelawat, Lucas Buades tidak sedarkan diri selepas diserang penyokong tuan rumah.
Pemain tengah, Buades meraikan jaringannya untuk meletakkan pasukannya di hadapan 1-0 sebelum diserang oleh penyokong Bordeaux yang menceroboh memasuki padang.
"Pemain itu tidak boleh meneruskan permainan kerana mengalami gegaran otak," kata pengadil, Nicolas Rainville kepada pemberita.
"Kami menghormati peraturan, dan permainan tidak akan dimulakan semula," tambahnya.
Beraksi pada perlawanan terakhir Ligue 2, Bordeaux mempunyai harapan untuk kembali ke Ligue 1 manakala Rodez mengintai peluang kekal Ligue 2.
Susulan keputusan pengadil itu, Liga Bola Sepak Profesional Perancis (LFP) akan mengadakan mesyuarat suruhanjaya disiplin Isnin ini untuk mempertimbangkan tindakan seterusnya.
"LFP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap pemain dan berharap Lucas Buades segera pulih," katanya dalam satu kenyataan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... enyokong-tuan-rumah |
|