View: 2461|Reply: 33
|
Ibu Bapa Dan Kakak Maut, Remaja Perempuan Parah Altis Dirempuh Hilux
[Copy link]
|
|
Seorang remaja perempuan parah manakala ibu bapa dan kakaknya meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 13, Jalan Sengkang Teratai, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman mengesahkan laporan kejadian diterima pihaknya pada pukul 4.20 petang melibatkan kereta Toyota Altis Kelabu Gelap dan kenderaan pacuan empat road, Toyota Hilux Biru.
TIGA maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan maut di Kilometer 13, Jalan Sengkang Teratai, Bukit Gambir, Tangkak, Segamat.
“Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri berusia 56 dan 52 tahun serta anak perempuan mereka yang berusia 17 tahun.
“Pemandu, penumpang hadapan dan belakang Toyota Altis meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang belakang iaitu anak mereka remaja perempuan, 15 tahun mengalami kecederaan parah dan diberikan rawatan di Hospital Daerah Tangkak (HDT) untuk menerima rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, maklumat berkaitan pemandu dan penumpang Hilux masih tidak diperoleh, namun, mereka kini menerima rawatan di Hospital Muar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Idris berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Altis dari Bukit Gambir ke Kampung Teratai dilanggar Toyota Hilux yang memasuki ke laluan bertentangan.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HDT untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kerjasama daripada pengguna jalan raya yang menyaksikan kemalangan itu amat diperlukan untuk tampil membantu siasatan pihak polis.
“Sebarang maklumat boleh salurkan kepada IPD Tangkak di talian 06- 9781222 atau balai polis berhampiran,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Gambir Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11, Jahairi Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pukul 3.42 petang.
“Kemalangan melibatkan lapan mangsa dengan lima daripadanya mengalami kecederaan manakala tiga lagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mangsa yang cedera dibawa ke pusat perubatan berhampiran oleh kenderaan ambulans KKM manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Hilux mmg babi. Babi itu Hilux. Aku benci driver2 Hilux. Driver2 Hilux sila pegi mampos. |
|
|
|
|
|
|
|
To be honest la. Kereta2 pickup semua ni drive mcm celaka. Mentang2 la dia besar. Tp tu la nak salahkan dorang pun x blh. Masalah utama msia ni penguatkuasaan yg sgt lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Hilux jer... apa-apa 4x4 terutama yg cermin gelap. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju
Iols ulang alik area Ipoh, driver Hilux bawak kereta macam hantu
selalu nak accident sebab diorang ni drive melulu, dah la jalan kecik
haritu ada satu Hilux nak potong kereta, depan dia lori. nasib baik tak accident
tapi kalau accident pun, mungkin Iols tepuk tangan, alhamdulillah, kurang sorang driver Hilux kat Malaysia ni
plus, musim durian ni, Hilux lagi banyak, dok angkut durian dari kebun
ni besok Iols kena pegi area Kuala Kangsar, dah get ready mental dengan driver Hilux jilake
sapa bawak macam pelesit, memang Iols hembus-hembus semoga driver tu kena cekik dek Ju-On
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa orang pandu pick up camni ingat dorang boleh bunuhlah orang dijalan raya...
Sian anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 2-6-2023 04:45 PM
Hilux mmg babi. Babi itu Hilux. Aku benci driver2 Hilux. Driver2 Hilux sila pegi mampos.
Terima kasih mewakili isi hati macik
Macik nak mencarut juga tapi tak berdayaaaaa haha
Paling benci kenderaan 4x4 ni lah
Kalau menyelit wajib bagi dia masuk cantas lorong kita
Kalau kat lampu isyarat
Kemain dia di belakang cucuk2 rapat |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 2-6-2023 04:45 PM
Hilux mmg babi. Babi itu Hilux. Aku benci driver2 Hilux. Driver2 Hilux sila pegi mampos.
Betul...patut haramkan kereta ni |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 2-6-2023 08:36 PM
Terima kasih mewakili isi hati macik
Macik nak mencarut juga tapi tak berdayaaaaa haha
Iya Kaka She. Puak2 Hilux Kimux ni, dia je nk conquer jalanraya. Klua simpang, main klua je, mcm Tok Ngah dia punya laki punya jalan. Kalau nak menyelit, main jurus je masuk. Takde signal2, takde slow2. Main cucuk je. Mmg patot mampos je diorang ni. Dia ingat dia besar, dia kuatla. Kalau kena henyak dgn lori 8 tayar, menggelupur. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 2-6-2023 08:44 PM
Betul...patut haramkan kereta ni
Dia semacam ada satu pe'el tau. Bwk je Hilux, terus auto pe'el Kimux |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 2-6-2023 08:26 PM
setuju
Iols ulang alik area Ipoh, driver Hilux bawak kereta macam hantu
selalu nak accident sebab ...
Eikhhhhh perangai!!!
Lagi satu, byk contractor2 yg byk pakai Hilux ni. So dia ingat cara drive dkt hutan2, ulu2, jalan tanah merah, semua sama je drive dkt on the road. Mcm sakai tak penah nmpk jalan turap. Meols kalau drive, nmpk je Hilux ni, sama ada meols slow down, kasi dia berambus kedepan. Or meols cpt2 ketepi. Meols bayangkan ada babi haram jijik nak lalu, so choiiii kalau berselisih dgn kereta meols yg suci |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal sesorang yatim piatu sedihnya…
Semoga dia kuat nk hadap kehidupan mendatang. Br last week driver 4x4 laju giler kat jln kecik sikit lg nk langgar keta lain & keta tu elak nk langgar keta lain.. mlm-mlm buta cm hantu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya................kelajuan maksima hilux dan kenderaan setaraf........berapa ya?
Yang aku tahu......max speed dia macam lori iaitu 80kmj jalan kampung dan 90kmj atas highway.
Tapi masing2 mcm babi bawak.
Jadi kita ambil video dashcam.........antar video kat polis dan jpj.
Buat selalu sampai babi tu bangkrap |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm betul sangat...
memang yang bawak 4x4 semua bawak macam gampunk...
mengalahkan king myvi tu...
mentang2 keta theyols tinggi sesuka hati je masuk melulu... ada je nak selik sana selik sini...
patutnya 4x4 ni kena ada lesen khas... sekali bawak macam gampunk terus di batalkan lesen...
ikutkan nak je langgor tapi keta theyols lagi besar... iols yang mampoih kang... patut la kemain theyols naik kepala kat jalanraya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes ni Altis tu masuk laluan Hilux lerr... |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 2-6-2023 10:18 PM
Dalam kes ni Altis tu masuk laluan Hilux lerr...
Idris berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Altis dari Bukit Gambir ke Kampung Teratai dilanggar Toyota Hilux yang memasuki ke laluan bertentangan.
Hilux masuk ke Altis ni yang masuk ek?
Bila baca uols punya Komen iols jadi konpius..haha |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 2-6-2023 10:18 PM
Dalam kes ni Altis tu masuk laluan Hilux lerr...
Hilux yg langgar diorang, chuols. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 2-6-2023 10:28 PM
Idris berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Altis ...
Meols lagi suka baca website Awani. Selalunya diorang punya coverage lain drpd news2 portalyg lain. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ok aku silap. Mata aku kero nak masuk weekend ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sebahagian pemandu 4x4 ni bawak macam babiss lepas kandang kalau boleh nak pecot sampai terbang masok ke alam bazrah ha gaytohhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|