View: 457|Reply: 5
|
"Kongsi Lagu Orang Tak Peduli, Konten Bodoh Baru Ramai Tengok,"-Ariff Bahran Tak kisah Dikecam Tayang Duit Simpan Dalam Peti Sejuk
[Copy link]
|
|
Gara-gara berkongsi video menyimpan sejumlah wang di dalam peti sejuk, Ariff Bahran teruk dikecam namun dia langsung tak tergores hati.
Katanya kalau terasa hati dengan komen negatif ditinggalkan ia bererti dia tidak faham bagaimana fungsi media sosial.
Foto: IG
Namun Ariff kata video tersebut hanya sekadar konten malah sudah menjelaskan kepada pengikutnya tentang tujuan dan sumber wang yang disimpan dalam peti sejuk.
"Saya okay sahaja sebab kalau kita ambil pandangan netizen dan rasa down terhadap kecaman diberikan itu tandanya saya tak faham tentang bagaimana media sosial itu berfungsi.
"Apa saya buat ini sekadar suka-suka sahaja malah sudah menjelaskan kepada pengikut, saya simpan duit dalam akaun saya di bank tetapi ada komitmen yang saya perlu bayar secara tunai," katanya kepada mStar.
Lama menyepi dari industri seni, Ariff juga tidak menyangka video peribadinya itu meraih jumlah tontonan luar biasa memandangkan hantaran berkenaan kariernya dipandang sepi.
"Saya tak sangka video itu menjadi viral. Saya kongsi mengenai lagu-lagu saya kurang dapat perhatian tapi bila kongsi mengenai hal peribadi saya ramai pula yang ingin ambil tahu.
"Untuk konten yang bodoh ramai pula yang beri saya tontonan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ariff berkata, sedikit kesenangan yang diperolehnya tidak pernah membuatkan dia lupa diri sebaliknya banyak membantu netizen yang meminta bantuannya di media sosial.
Kata Ariff, dia faham situasi dilalui golongan yang memerlukan membuatkan dia tidak teragak-agak membantu meringankan beban mereka.
"Saya pun pernah berada ditempat mereka sebelum bergelar penyanyi. Mana yang mampu tolong saya tolong. Berapa ramai itu saya tak mahu sebut.
"Saya tahu bagaimana rasanya nak mulakan kehidupan pada usia 18 atau 19 tahun terutamanya bagi mereka yang baru nak cari kerja, saya faham rasanya," katanya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
makin la taknak dengar lagu heols |
|
|
|
|
|
|
|
besok rumah kene rompak jgn lupa pos media sosial jugakkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
bosang nya |
|
|
|
|
|
|
|
belajar la dgn artis lama, macam mana dorang boleh popular tanpa media sosial.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|