CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Tempatan] Nak Jadi Kaya Di Malaysia Lebih Senang Berbanding Singapura, Anda Hanya Perlukan RM2.2 Juta-Knight Frank (Model Pengukuran Kekayaan).

  [Copy link]
Post time 31-5-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tahukah anda bahawa setiap individu di negara ini hanya perlu ada AS$485,000 (atau lebih RM2.2 juta) dalam nilai bersih kekayaan di Malaysia untuk berada di dalam satu peratus orang terkaya di negara ini atau lebih kaya daripada 99 peratus penduduk Malaysia, lapor agensi perunding hartanah Knight Frank

Paras AS$485,000 di Malaysia jauh lebih rendah berbanding jiran kita Singapura. Tahukah anda bahawa di sana, anda perlu ada sekurang-kurangnya AS$3.5 juta (lebih RM16.1 juta) sebelum boleh dikategorikan sebagai lebih kaya daripada baki penduduk Singapura.

Bagaimanapun, The Wealth Report dalam edisi terbaharu Knight Frank (Model Pengukuran Kekayaan) mendefinisi individu bernilai ultra tinggi (UHNWI) adalah seseorang yang memiliki lebih daripada AS$30 juta kekayaan bersih.

“Walaupun ‘1 peratus’ mungkin dianggap sebagai lambang lebihan, harga akses kepada kelab adalah jauh dari definisi kami tentang UHNWI – seseorang yang kekayaan bersihnya melebihi AS$30 juta,” kata Knight Frank dalam laporannya.

Dalam laporan tersebut, Knight Frank tidak menyebut berapa ramai individu di Malaysia yang memenuhi minimum AS$485,000 (lebih RM2.2 juta) yang diperlukan untuk menjadi antara satu peratus individu kaya di negara ini.

Bagaimanapun, laporan yang sama berkata bilangan individu kaya kini berkembang di Malaysia. Difahamkan bahawa tahun lalu saja terdapat lebih 85,000 orang yang mempunyai kekayaan bersih lebih AS$1 juta (lebih RM4.6 juta). Jumlah individu dengan nilai kekayaan meningkat berbanding 2017 yang merekodkan hanya 58,395 orang dan 66,682 orang pada 2021.

Pada 2017, terdapat 491 orang di Malaysia dalam kategori UHNWI atau memiliki lebih daripada AS$30 juta kekayaan (lebih RM138 juta) setiap seorang. Jumlah ini meningkat kepada 659 orang pada 2021 dan 721 orang pada 2022.

Jika jumlah HNWI dan UHNWI digabungkan, terdapat sekurang-kurangnya 85,847 individu di Malaysia dalam kelab “1 peratus” teratas dari segi kekayaan pada 2022.

Perangkaan rasmi terkini Jabatan Perangkaan Malaysia setakat 11 Mei lalu menunjukkan penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.2 juta, terdiri daripada 30.4 juta warganegara dan 2.8 juta bukan warganegara.

SUMBER Malay Mail

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058386 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list