|
MADDISON
LEICESTER – Pasukan yang tersingkir ke Liga Kejuaraan, Leicester City dilaporkan mahu menguatkan kewangan kelab itu menerusi penjualan beberapa pemain utamanya pada jendela perpindahan kali ini.
James Maddison dan Harvey Barnes menjadi dua pemain yang mungkin akan dilepaskan oleh kelab berkenaan dengan jangkaan mereka mampu meraih dana sebanyak £80 juta (RM455.54 juta) hasil penjualan kedua-duanya.
Maddison menjadi sasaran beberapa pasukan termasuk Newcastle United, Arsenal, Manchester City dan Tottenham Hotspur.
Newcastle yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan difahamkan antara kelab terawal yang sudah mengadakan perbincangan untuk mendapatkan khidmat Maddison.
Sementara itu, Aston Villa dan West Ham United pula menjadi antara kelab yang menyatakan minat untuk mendapatkan Barnes, selain mereka juga boleh meningkatkan dana kelab menerusi penjualan seorang lagi pemain, Wilfred Ndidi.
Bagaimanapun, Leicester terpaksa menyaksikan beberapa pemain utamanya seperti Youri Tielemans, Caglar Soyuncu, Jonny Evans, Daniel Amartey, Ryan Bertrand, Papy Mendy dan Ayoze Perez meninggalkan kelab selepas kontrak masing-masing yang sudah berakhir.
Tieleman dilaporkan menarik minat AS Roma dan Borussia Dortmund, manakala Soyuncu sah akan menyertai Atletico Madrid musim depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... nggalkan-leicester/ |
|