|
KANE hanya ada kontrak setahun lagi bersama Spurs. -FOTO AFP
London: Harry Kane akan kekal di Spurs untuk musim terakhir jika dia tidak dapat berpindah ke Manchester United.
Tottenham lebih terbuka untuk menjual Kane kepada kelab asing daripada saingan liga utama dengan Bayern Munich berminat untuk mendapatkan penyerang itu.
Tetapi itu tidak menarik minat Kane yang menjaringkan 30 gol dalam liga utama musim ini dan mempunyai baki setahun dalam kontraknya.
United adalah satu-satunya pilihan pemain itu dengan Kane yang berada di Spurs sejak umur 11 tahun tidak sanggup mempertaruhkan reputasinya dengan penyokong dan berpindah ke saingan utama Chelsea atau Arsenal.
Newcastle tidak berada dalam kedudukan untuk membelanjakan £100 juta (RM571.21 juta) bagi mendapatkan seorang pemain walaupun mempunyai suntikan dana dari Saudi ketika Liverpool dan Manchester City tidak berada dalam pasaran untuk membeli penyerang.
Jadi United perlu meyakinkan ketua Spurs, Daniel Levy menjual aset kepada saingan domestik dan ia sesuatu yang dia tidak mahu lakukan.
Jika tidak Spurs mungkin terpaksa melepaskan penjaring England dengan rekod 55 gol itu pergi secara percuma.
Kane bercakap awal bulan ini mengenai kesediaannya untuk berbincang dengan pengerusi Levy mengenai rancangannya dan cara mengubah budaya Spurs.
Penyerang itu memberitahu: "Saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk pasukan dan kelab.
"Di luar padang saya memberikan pendapat saya tentang perkara yang saya fikir boleh membantu kami menjadi lebih konsisten dan lebih berjaya dalam budaya yang kami cuba tetapkan."
Mengenai topik rekod Shearer, Kane berkata awal bulan ini: "Sekarang saya begitu dekat dengannya, pastinya, ia adalah sesuatu yang saya ingin capai."
Kapten England itu tidak berhasrat untuk ke luar negara ketika dia hanya berbaki 48 gol untuk memecahkan rekod Alan Shearer iaitu 260 jaringan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kane-mahu-ke-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|