CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1738|Reply: 32

"Salah Ke Saya Bercinta Dengan Suami Orang? Saya Sayang Dia Tapi Tak Sanggup Tengok Muka Isteri Dia"

[Copy link]
Post time 30-5-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mencetuskan provokasi apabila tampil bertanya soalan adakah salah untuk dirinya bercinta dengan lelaki berstatus suami orang.


“Salah ke saya bercinta dengan suami orang?,” soalnya menerusi satu hantaran di TikTok.


Katanya, dia pernah cuba untuk menamatkan hubungan tersebut, tetapi disebabkan hati masih sayang, mereka berdua terus mempertahankan hubungan itu.









Jelasnya, mereka bakal berkahwin pada tahun hadapan dan meminta pendapat orang ramai tentang keputusannya itu.


“Saya tak sanggup tengok wajah isteri dia. Dia pun tak nak lepaskan saya, kami dah nak kahwin tahun depan.


“Saya sedar saya berkawan dengan suami orang. Apa patut saya buat? ‘Korang’ boleh bagi pendapat tak? Saya sayang dia. Apa yang terbaik tolong saya,” pintanya.


Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuklah ada yang menasihatkan dia untuk menggesa lelaki itu memberitahu hal sebenar kepada isterinya sebelum mereka berkahwin.


“Kalau betul-betul nak berpoligami, buat cara betul dan lelaki itu perlu jujur dan sama-sama minta kebenaran daripada isteri pertama dahulu,” pesan Syikin.


Sementara itu, ada juga pengguna yang memberi nasihat agar wanita berkenaan tidak meneruskan hubungan tersebut kerana telah merosakkan rumah tangga orang lain.


“Carilah lelaki bujang lain, atau duda. Janganlah suami orang, fikir hati isteri dia, pasti hancur,” kata Naim.


“Belakang isteri pun boleh curang dik, nanti dia kahwin dengan kami pun curang juga. Sebelum buat sesuatu, fikirlah dulu dik. Takut kifarah berbalik pada awak sahaja,” kata Iman. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik, kau yakin ke kekasih kau tu mampu berlaku adil? Kau jangan nak pentingkan diri sangat. Kalau kau mampu hadap segala onak duri demi 'cinta agung' kau tu silakan lah. Pesan orang dulu2, kalau takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau kekasih kau tu serius nak berbinikan kau, dia buat cara proper. Bukan main angkut kesana sini, melanjurkan diri lepas tu bawak nikah ke telen.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:38 AM | Show all posts
Kalau dia boleh curang dengan bini dia, dia boleh curang dengan kau.

Simple.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang akak paling pelik tu kenapa perempuan ni cepat sangat risau encik suami mencurang, padahal perempuan yang dia curang tu madu dia jugak akhirnya nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kusangkakan dua, rupanya tiga!



Nasib baik tak empat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:51 AM | Show all posts
xpe.. amik la.. tunggu turn kau plak dia angkut no 3 4
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2023 11:56 AM | Show all posts
OK ja dengan syarat jantan tu kena dan berani buat pilihan macam Najib pilih Rosmah dulu.

Kalau kiri dia sauk, kanan dia sapu, lupakan lah.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:57 AM | Show all posts
tanya diri sendiri boleh ke mengalah dan berserah. Kalau kawin n harap kehidupan normal mcm pasangan kawan2 ko yg monogami mmg tak bahagia lah jwapnye. tp kelau jenis tak kisah suami tak de rumah all the time sbb ada masa dia kat giliran no 1 so kene balik keje or pegi keje sendiri, balik kg, sendiri, pi kenduri kendara sendiri, pegi kedai aceh beli lauk sendiri, silap2 pegi check up sendiri etc. tanya diri sendiri dulu sebelum mengharapkan orang lain faham situasi kita, kita faham tak dulu situasi yang kita bakal hadapi sebelum ambik sesuatu keputusan. mcm kawan den kawin ngan duda pun tak boleh kalau laki dia gi tengok anak ada sekali ex duda dia tu.. asyiklah keje gaduh je.. pening pale..
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ok..nanti suruh dia ceraikan bini pertama dia..
team miraliyana
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin apam lain2 ke...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Shelup2
Tak cukup satuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:13 PM | Show all posts
motif tanya public soalan mcm nie....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:16 PM | Show all posts
best sekarang ni

aweks2 muda memang suka laki berumur,
dan ada yang memang target laki orang

gold digger la katakan
broke, but suka melaram
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati ko la nk kawen pun
Tanya org buat apa
G la tanya bini laki tu
Kalau dia tak bagi pun ko nk kawen juga kan
Dah tu nk tanya wat pe lagi
Buat jela apa ko suka asalkan..





bukan laki aku!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:29 PM | Show all posts
Pundeknyer lahaiii....
masalah ko becinta dengan somi orang pun nak bubuh dalam TikTok ke hanat..?


Satni, dah kawen sok... nak tanya lokasi honeymoon pun TikTok.
Nak beranak sepital mana pun TikTok.
Dah beranak nak letak nama anak pun tanya TikTok.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn aku TER...baca kt forum ni nt..'wanita ditikam bini kekasih gelap'.....hati2 pompuan2 yg nk berskandal tu...2-3 arini asyik citer bunuh2 orng ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 12:30 PM | Show all posts
Patut dia main chatGPT... baru betui.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:30 PM | Show all posts
Mencintai tidak bererti perlu memiliki. Berempatilah, letakkan  diri anda di tempat isterinya, bagaimana dirasakan bila tau suami ada WIL dn akan dimadukan? Pasrah? Redha dlm terpaksa atau tak kesah? Atau 'ambik tak ape ttpi diambil jangan?'.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
               

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:40 PM | Show all posts
goodluck lah... tu je nk ckp
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.319844 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list