CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 2

"Jangan Tipu Peminat Dengan Populariti, Tengok Aina Pun Tak Boleh Pergi Jauh Kalau Dia..." - Ajai

[Copy link]
Post time 30-5-2023 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Biarpun popular di media sosial dan imej mereka sedap mata memandang, Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash tetap tersingkir di gelanggang pertandingan Big Stage musim kelima.


Juri pertandingan, Ajai yang juga komposer tetap dengan prinsipnya untuk bertanggungjawab menyaring mereka yang benar-benar serius dan bermutu untuk diketengahkan dalam industri seni.




IG




“Untuk menyelamatkan industri, saya fikir itu kerja kami (juri). Memang benar, ada penyanyi yang ada imej (ada rupa), peminat namun tiada suara.


“Biarlah populariti seiring dengan bakat. Jika tidak, seolah-olah awak sedang tipu peminat. Awak kata boleh menyanyi tapi sebenarnya tidak.


“Kita mahu cari keseimbangan, mahukan generasi pelapis yang boleh industri banggakan,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa sidang media konsert Big Stage musim kelima, semalam.


Namun, Ajai juga mengingatkan peserta agar berpijak di bumi nyata. Vokal yang baik tidak mencukupi.


Seseorang penyanyi harus mempunyai alasan lain untuk ‘menjual’ diri. Kerana industri seni penuh persaingan, jadi seseorang harus lebih menonjol.




Ajai




“Kita tidak boleh salahkan peminat jika mereka meminati artis yang vokalnya tidak cukup matang. Itu pilihan masing-masing. Di sini, penyanyi sendiri harus lebih terbuka untuk beradaptasi dengan perubahan.


“Sebab itu kita memerlukan khidmat artist and repertoire yang akan menentukan pembawakan serta jenama artis.


“Kita lihat Aina Abdul, dia menurut saya artis yang bijak. Jika selepas lagu Sumpah dia tak lakukan sesuatu, dia juga tak boleh pergi. Aina bermain dengan busana, awal-awal orang kecam. Lama-lama haters bertukar sayang,” tambahnya lagi.


Turut berkongsi pandangan ialah penyanyi, Datuk Shafinaz Selamat yang merasakan setiap artis perlu memikirkan jenama yang ingin dibawa selepas pertandingan berakhir.


“Contoh, Nadeera, dia mempunyai suara yang sangat bagus, pernah menyertai banyak pertandingan malah pernah menang. Tapi dia masih belum popular.


“Jadi, artis yang punya suara bagus ini kena fikir cara untuk bertahan di dalam industri.


“Imej sangat penting untuk artis. Saya setuju, kita boleh jadikan Aina Abdul sebagai contoh,” jelasnya.


Shafinaz turut mengingatkan, di zaman media sosial, semua orang boleh popular dengan segera.
Katanya,penyanyi muda harus mempersiapkan diri dengan ilmu kerana di akhirnya nanti, mereka dihormati kerana kebolehan nyanyian.


“Kita tidak mahu industri dipenuhi dengan penyanyi yang separuh masak. Jika mahu betul-betul berada di sini, carilah ilmu.


“Ramai peminat itu bagus, namun anda perlu berusaha keras,” katanya.


Konsert Big Stage 5 Ahad lalu menyaksikan peserta, Meer Nash tersingkir dengan markah paling rendah iaitu 45.33 peratus.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 11:43 AM | Show all posts
tgk gmbr 1st teringat gosipan hidung ada mslh sinus

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
We need nabila razali team. X berbakat tapo selalu ada. Lawa pon idok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.278783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list