CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1285|Reply: 30

Anjing Mungkin Mati Akibat Pendarahan, Diseret Pemilik Ladang Durian Belakang Kereta

[Copy link]
Post time 30-5-2023 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemilik ladang ayam yang sedang minum petang di halaman rumahnya tergamam apabila melihat seorang lelaki dari kawasan kejiranannya memandu sebuah kereta lama sambil seekor anjing dirantai pada bahagian belakang kenderaan pada Sabtu.


Kata Rajes Danarow, individu berkenaan memiliki sebuah ladang durian dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan landskap.





Penternak terkejut menemukan anjing cedera parah angkara perbuatan kejam.





"Tapak kaki anjing itu sudah berdarah dan anjing berkenaan sudah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan kerana tidak lagi memberikan sebarang respons.


"Batu kerikil di jalan menyagat dada anjing tersebut ketika lelaki itu memandu keretanya" kata Rajes yang menetap di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson.


Rajes cuba mengejar pemandu itu menggunakan motosikal dan memberikan isyarat untuk memintanya memberhentikan kenderaan tetapi tidak dihiraukan.


"Kemudian saya memotong ke hadapan kereta itu dan menghalangnya, saya tarik keluar kunci kereta.


"Saya tanya dia kenapa tarik anjing tersebut dengan cara yang sebegitu kejam, kenapa tak guna lori atau kereta pacuan empat roda," kata Rajes.


Lelaki itu kemudiannya menjawab bahawa dia sedang memindahkan anjing berkenaan dari satu ladang ke ladangnya yang lain, berjarak kira-kira dua kilometer (km).


Anjing itu dikatakan degil dan tidak mahu masuk ke dalam kenderaan untuk dibawa pergi.


Namun, menurut Rajes, ketika dia membuka rantai anjing terbabit, haiwan tersebut yang sedang berlumuran darah terus melompat masuk ke dalam kereta.


Rajes tanpa membuang masa terus menghubungi polis, mereka yang lalu-lalang juga mengerumuni lelaki itu dan anjingnya yang cedera parah.


Pegawai polis yang tiba di tempat kejadian menasihatkan Rajes dan pemilik anjing tersebut untuk membuat laporan polis.


"Saya juga diminta untuk membawa perkara ini ke perhatian Jabatan Perkhidmatan Verterinar," kata Rajes.


Rajes berkata, dia percaya anjing itu mungkin mati akibat kecederaannya memandangkan ia mengalami pendarahan yang banyak.


Ketika dihubungi, seorang pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Lukut mengesahkan kedua-dua lelaki itu membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 09:07 AM | Show all posts
mana penyokong haiwan, cepat bertindak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok pemilik ladang tu diheret and disagat kat jalan. Bodoh ya amat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:11 AM | Show all posts
Ya Allah, dah knp perangai mcm jin dah? kot ye pun x suka binatang tu, x perlu berkelakuan lebih teruk dr binatang la hanat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:23 AM | Show all posts
anjing betul perangai
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:25 AM | Show all posts
anjing tu x nk ikut jgn2 sbb ko selalau dera dia tak

kim.k pny worrrrang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahat betul pemilik hanjing tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya ko anjing ... Nape ye anjing haram ek . Kalo tak mmg aku dah bela.. ini takat tolong gitu je laa.. nak dekat pun bwk kayu Kang anjing tuu dah jinak dgn aku.. nak manja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 10:27 AM | Show all posts
gila kejam  
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:34 AM | Show all posts
yg herat tu siapa jika cina kira lepasLAH
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Seret pemilik atas jalan tar yg berlobang2
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:45 AM | Show all posts
syabas bro... ni baru betul, dah nampak terus kejar cantas selamatkan..... ni kes sana sibuk nak rakamkan, viralkan, harapkan netizen buat tindakan lanjut...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-5-2023 09:44 AM
Siannya ko anjing ... Nape ye anjing haram ek . Kalo tak mmg aku dah bela.. ini takat tolong gitu je ...

anjing haram makan je . Bela tak haram pun.


tapi i geli makhluk berbulu, & takut makhluk bergigi taring tajam, kuku tajam. Usahkan anjing…. kucing pun i takut + geli
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 30-5-2023 10:48 AM
anjing haram makan je . Bela tak haram pun.



Kan ke mana boleh pegang.. kena samak daaa.. samak ni yg aku malas tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:01 AM | Show all posts
Cuba heret pemilik dia.. Bodohnya punya pemilik!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
xleh ygk darah2 tu takit, walaupun kabur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemilik tak ada hati perut!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:31 AM | Show all posts
gantung sajalah manusia ni menyusahkan alam semesta
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:33 AM | Show all posts
rosak mood baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih encik rajes kerana pantas dan tegas bantu hentikan penganiayaan anjing itu. Malangnya, anjing tak panjang umur. Semoga tuan anjing ke muka pangadilan dan tak hidup tenang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057443 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list