View: 145|Reply: 0
|
Klopp terima pengajaran berharga
[Copy link]
|
|
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memeluk Roberto Firmino yang beraksi buat kali terakhir untuk kelab ketika menentang Southampton di St Mary’s. - Foto AFP
SOUTHAMPTON: Jurgen Klopp berjanji Liverpool akan kembali bersaing untuk gelaran Liga Perdana Inggeris musim depan selepas kempen mengecewakan yang berakhir dengan keputusan seri 4-4 dengan pasukan tercorot, Southampton.
Liverpool mengakhiri musim di tangga kelima dan terlepas kedudukan empat teratas buat pertama kali sejak kempen 2015-16.
Liverpool mendahului permainan menerusi Diogo Jota dan Roberto Firmino, tetapi Southampton bangkit dengan dua gol Kamaldeen Sulemana dan masing-masing satu daripada James Ward-Prowse serta Adam Armstrong.
Bagaimanapun anak buah Klopp berjaya memastikan mereka belum tewas dalam 11 perlawanan berturut-turut apabila pemain gantian, Cody Gakpo dan Jota menemui sasaran.
"Ada saatnya ketika kempen ini anda terasa seperti musim ini akan memakan masa selama empat tahun.
"Mujurlah 11 perlawanan terakhir amat membantu, memberikan kami semangat, hala tuju serta asas kepada apa yang perlu kami lakukan selepas ini.
"Ia tidak menjadikan ia musim yang terbaik, saya sedar, kami tidak berjaya meletakkan diri dalam kelompok empat teratas.
"Kami perlu akur yang ada empat pasukan lebih baik daripada kami, itu hakikatnya.
"Kami mengharungi musim yang teruk, tetapi berada di tangga kelima - itu juga satu isyarat.
"Bayangkan jika kami bermain pada tahap sebenar, yang pasti akan dilakukan pada musim depan dan pasti kami akan bersaing untuk gelaran semula," kata Klopp. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... pengajaran-berharga |
|
|
|
|
|
|
| |
|