CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 5

[Tempatan] 300,000 pelajar lepasan SPM pilih kerja kilang, e-hailing

[Copy link]
Post time 29-5-2023 01:46 PM | Show all posts |Read mode
300,000 pelajar lepasan SPM pilih kerja kilang, e-hailing


300,000 pelajar lepasan SPM pilih kerja kilang, e-hailing. - Foto NSTP


KUALA LANGAT: Hanya sekitar 40 pe ratus daripada purata 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direkod melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau menyertai Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) setiap tahun.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika membangkitkan kepentingan pelajar menengah di negara ini didedahkan kepada ilmu keusahawanan di peringkat sekolah lagi.

Rekod berkenaan, katanya, menunjukkan baki mereka yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi berkemungkinan besar menyertai sektor pekerjaan, terutama perkilangan dan perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan atau e-hailing di negara ini.

"Statistik merekodkan hanya 40 peratus daripada 500,000 lepasan SPM melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam, institusi pengajian tinggi (IPT) atau TVET setiap tahun.

Ini bermakna sekitar 300,000 daripada jumlah itu tidak melanjutkan pelajaran.

"Baki 300,000 itu mungkin bekerja dalam sektor kilang atau e-hailing dan terus menambah jumlah penduduk dalam kumpulan B40 di negara ini.

"Kita tidak mahu ini berterusan, sekali gus ilmu keusahawanan perlu jadi subjek teras sekolah menengah untuk lahirkan usahawan berpendapatan tinggi," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B) kali ke-42 dan 43, di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM150,000 daripada Kementerian Kewangan untuk Belia 4B menjalankan program berkaitan keusahawanan kepada kumpulan sasar pertubuhan itu di negara ini.


Ahmad beramah mesra bersama ahli Gerakan Belia 4B pada Majlis Perhimpunan Agung Tahanan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-42 dan 43 di Kuala Langat semalam. - NSTP/Genes Gulitah


Terdahulu pada Februari lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan kajiannya yang mendapati 97.71 peratus pekerja gig dalam perkhidmatan e-hailing di negara ini ialah golongan belia berusia 15 hingga 30 tahun, manakala bakinya dewasa berusia lebih 60 tahun.

Maklumat pekerjaan dan pendapatan pula mendapati 73.98 peratus pekerja perkhidmatan berkenaan menjadikan kerjaya itu sebagai sumber pendapatan utama, manakala 70.35 peratus pula menjadikannya pekerjaan utama.

Kajian DOSM juga mengenal pasti 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja perkhidmatan berkenaan adalah pelajar.

Bagi menangani isu terbabit, Ahmad berkata, pendidikan keusahawanan wajar diperkenal dan dijadikan subjek teras peringkat sekolah menengah dalam usaha mewujudkan 'bangsa usahawan' dalam kalangan belia.

Jelasnya, beliau membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, baru-baru ini.

"Saya mencadangkan kurikulum sekolah menengah diubah dengan memasukkan subjek keusahawanan.

"Ia wajar dijadikan subjek bersendiri sebagaimana subjek lain untuk kurikulum Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

"Ini kerana usahawan perlu mempunyai ilmu perniagaan lebih meluas an kaedah pemasaran efektif bagi mencapai kejayaan.

"Lebih ramai usahawan, lebih mudah sesebuah negara itu maju," katanya berharap Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan cadangan berkenaan.

Ahmad berkata, kerajaan juga memberi perhatian kepada bidang keusahawanan dengan memperuntukkan sehingga RM40 bilion sebagai kemudahan pembiayaan pinjaman kepada usahawan.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ja-kilang-e-hailing


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Money matters most dek.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:13 PM | Show all posts
sepatutnya 30% teruskan kepelajaran tinggi, 30% untuk ke kemahiran tinggi dan 30% lagi kemahiran rendah spt tukang sapu dan 3d job ...

kalau semua melanjutkan pelajaran mcm mana dengan pekerjaan lain yg diperlukan oleh masyarakat jugak... inilah kesilapan kerajaan nak hantar semua belajar ke peringkat tinggi, lepas tu mengeluh tak ada rakyat kita yang  nak kerja selain kerja office.... lepas tu harapkan pekerja asing spt rohingya tapi bila ada masalah banyak masalah sosial mengamuk pula nak halau

10% lagi biarlah berlari kesana kemari dikejar polis sebab mereka ni akan jadi scammer pemanipulasi penipu penyangak lanun atau ,ingat akan tetap ada manusia spt ini wujud didunia ini ...... mereka ni biarlah jadi contoh kepada kewujudan kejahatan didunia kerana tanpa mengenal kejahatan, kebaikan tidak ada..

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:21 PM | Show all posts
90% dlm gmbr tu kategori bmi 25 atas
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:24 PM | Show all posts
better drpd jadi biawak ..at least dorang cari duit sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya kerja kilang? Yg kerja kilang tu la kdg2 lagi bnyk duit dr yg keje ofis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-9-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.224496 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list