CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26459|Reply: 20

[Politik] EDISI DRAMA MINGGU INI: Angkara Saka....

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 5-9-2024 03:31 AM



Jika dakwaan Maszlee benar yang Muhyiddin mendesak (Perdana Menteri ketika itu, Dr) Mahathir (Mohamad) memecat atau menyingkirkan beliau (Maszlee) sebagai menteri pendidikan, maka ia menunjukkan hubungan kukuh antara Muhyiddin dan YTL.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan dan menyiasat bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang didakwa ada kaitan dengan YTL Communications Sdn Bhd, khasnya berhubung projek 1BestariNet.


Gesaan Ahli Parlimen DAP itu dibuat selepas Maszlee Malik mendakwa semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Muhyiddin mendesak bekas menteri pendidikan itu meletak jawatan berhubung isu kontrak dengan YTL.

Santiago memberitahu FMT, projek itu mendapat banyak kritikan, dengan rakyat mempersoalkan sama ada ia bermanfaat dan jika ia diberikan kepada orang yang salah.

Katanya, pendedahan Maszlee menunjukkan wujud kepentingan peribadi dan Muhyiddin, yang ketika itu menteri dalam negeri, harus tahu beliau tidak boleh mewakili perniagaan atau menjadikannya alasan untuk mendesak rakan Kabinetnya meletak jawatan.

“Juga, kenapa Mahathir mendengar cakap Muhyiddin? Tun ialah perdana menteri, beliau boleh mengatakan beliau mempercayai menterinya. Beliau sepatutnya merujuk perkara itu kepada SPRM untuk disiasat.

“Jelas ini tidak berlaku, jadi banyak persoalan timbul. Satu daripadanya mengenai tabdir urus negara ketika itu dan satu lagi mengenai hubungan antara perniagaan dan politik.


Ini perlu difikirkan dengan teliti dan disiasat secara mendalam oleh SPRM. Ada cadangan salah laku, katanya sambil menambah Mahathir perlu bertindak balas terhadap sesetengah isu yang dibangkitkan juga.


Maszlee menerusi buku baharunya bertajuk Memori Bukan Memoir berkata, beliau dipanggil menemui Mahathir lima kali berhubung keputusan tidak melanjutkan kontrak YTL untuk projek 1BestariNet.

Dalam dua pertemuan itu, kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan turut bersamanya menjelaskan keputusan tidak menyambung kontrak YTL sebagai penyedia perkhidmatan projek itu, yang dimulakan Muhyiddin pada 2011 ketika beliau menjadi menteri pendidikan.

Katanya, beliau diberitahu Mahathir yang Muhyiddin amat marah dengannya kerana isu itu dan mahu Maszlee menyambung kontrak itu berdasarkan kehendak YTL, bukannya mengikut keputusan beliau sendiri.

Dalam respons terhadap dakwaan Maszlee, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menggesa jawatankuasa khas atau suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kes itu kerana tiada penutupan mengenainya buat sekian lama.

Santiago berkata, RCI mungkin tidak perlu dibentuk walaupun projek itu menelan kos berbilion ringgit, tetapi ia memerlukan siasatan SPRM.

FreeMalaysiaToday


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn sbb si mazlee ni x nak ikut telunjuk dap ker dia kena pecat?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lihatlah betapa hauknya PH1.0 yang dipuja puja pensokong satu ketika dahulu

Satu per satu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi ni, sesungguhnya bestari.net itu bener....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:44 PM | Show all posts
Main game "he say she say" ke apa ni..??
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
YTL tuuu ...tumpooo komer.ada gak tgk interview maszlee dia citer agak detailed mcm mana dia kena pecat veri de typical tua saka pecat org...melaga- lagakan org.padahal si tua tu yg nak memecat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir a/l Iskandar Kutty tersenyum sinis



Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wardina tersenyum sinis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain slogan PN masa pru yg lps.
Prihatin, Bersih, stabil..

Bersih la sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:49 PM | Show all posts
Edited by Orix at 5-9-2024 03:51 PM

for me maszlee ni mmg x sesuai jd politician.... teringat video dia kena provoke ms PRU ke PRN johor tah dlu... org x bg dia masuk melawat entah musim banjir ke apa entah, dia triggered yach! as a politician heols harusss lah buat bodo dan muka toyaa sajok pd ummah wlupun di provoke... somehow ms dia jd menteri pendidikan dlu iols salute heols x tunduk pd DAP / MCA... igt lg psal kuota matrik dia balas kalo nak kuota tu mcm mana dgan kuota kerja nk yg mandarin speaker sajokk
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat tak padan dengan sembab dan ritual doa2 time pkp nye
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 5-9-2024 02:24 PM
Wardina tersenyum sinis {:mlw ...

Dah  kena buang kerja ke sissy Wardina tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 04:00 PM | Show all posts
Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
Oleh BERNAMA - September 5, 2024 @ 2:29pm


Projek 1Bestarinet.


KUALA LUMPUR: Saham YTL Corporation Bhd dan YTL Power International Bhd terjejas hari ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta maklumat daripada anak syarikat YTL Power, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) berhubung Projek 1Bestarinet.

YTL Power mengesahkan perkara itu semalam, sambil menambah YTL Comms memberikan kerjasama penuh kepada SPRM, dan menyatakan kepercayaan bahawa perkara itu akan diselesaikan dengan memuaskan.

Pada 12.30 tengah hari tadi, saham YTL jatuh 23 sen kepada RM2.77 manakala YTL Power susut 18 sen kepada RM3.71.

Dalam satu laporan, sumber dipetik sebagai berkata 'penyiasatan tertumpu kepada 'tuntutan membabitkan butiran palsu berkaitan pembayaran RM2.7 bilion'.


Menurut YTL Power, Projek 1Bestarinet telah dianugerahkan kepada YTL Comms pada 2011 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah tender terbuka membabitkan 19 syarikat yang membuat tawaran untuk projek itu.


YTL Comms dipilih sebagai bidaan yang paling mematuhi teknikal dan paling kos efektif.


Projek terbabit telah disahkan oleh KPM sebagai siap pada akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019.

-BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri Kasut Hitam tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 05:17 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 5-9-2024 02:24 PM
Wardina tersenyum sinis {:mlw ...

haha kelakar gila wardina...

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekceli ada sebab la tu why tun m pecat certot tp tun x nk buka cite sbb x nak aib kan certot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2024 08:21 AM | Show all posts
saka ni mmg jahat..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 10:25 AM | Show all posts
siapa yg bakal tercirit

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 10:46 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 10-9-2024 10:50 AM

cikgu-cikgi takkan lupa kesialan sistem 1Bestari net dulu..



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.181294 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list