View: 183|Reply: 0
|
Klopp janji Liverpool akan bangkit musim depan
[Copy link]
|
|
ROBERTO Firmino (tengah) menerima tepukan daripada rakan pasukannya selepas perlawanan terakhirnya bersama Liverpool. FOTO AFP
Southampton, United Kingdom: Jurgen Klopp berjanji Liverpool akan mencabar kejuaraan Liga Perdana musim depan selepas kempen yang mengecewakan berakhir dengan keputusan seri 4-4 dengan Southampton yang sudah tersingkir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Satu mata yang diraih skuad Jurgen Klopp menyaksikan mereka menamatkan saingan di kedudukan kelima dan anak buat Klopp sudahpun mengetahui mereka terlepas kedudukan empat teratas buat kali pertama sejak musim 2015/16.
Liverpool, bagaimanapun, sekurang-kurangnya kelihatan seolah-olah mereka akan menamatkan penggal tanpa trofi dengan kemenangan hasil gol awal Diogo Jota dan Roberto Firmino.
Namun kemudian terpaksa bangkit untuk mengejar apabila ketinggalan 2-4 hasil dua gol Kamaldeen Sulemana, gol daripada James Ward-Prowse dan Adam Armstrong untuk Southampton.
Liverpool akhirnya meneruskan rekod tanpa kalah kepada 11 perlawanan hasil jaringan pemain gantian Cody Gakpo dan gol kedua dari Jota.
Namun Klopp gembira melihat hasil perlawanan terakhir musim 2022/23 itu biarpun ia penamat mengecewakan.
"Terdapat saat-saat dalam musim ini apabila anda fikir 'musim ini akan berlangsung selama empat tahun'," katanya.
"Terima kasih Tuhan untuk 11 perlawanan terakhir, yang sangat membantu, memberi kami rangsangan sebenar, memberi kami perspektif, memberi kami asas untuk apa yang perlu kami lakukan."
Pengurus Jerman itu menambah: "Ia tidak berubah menjadi musim terbaik, kami menyaksikannya kami tahu itu, kami sangat kecewa dengan fakta bahawa kami tidak berjaya ke empat teratas.
"Tetapi ada saat apabila anda perlu mengakui terdapat empat pasukan yang lebih baik daripada kami itulah kebenarannya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bangkit-musim-depan |
|
|
|
|
|
|
| |
|