View: 787|Reply: 6
|
Buat Cara Baik Tak Jalan, Ifa Raziah Akan Terus Saji Content Goyang-goyang
[Copy link]
|
|
Ifa Raziah memberi bayang akan lebih kerap memuat naik content seperti tarian goyang punggung seperti dilakukannya dengan usahawan konstroversi Aliff Syukri- baru-baru ini.
Penyanyi dan usahawan berusia 47 tahun itu, ketika ditemui OHBulan di di majlis sambutan SukeTV Raya & Anniversary menjelaskan bahawa video berkenaan sekadar untuk hiburan dan pemasaran perniagaannya.
IG
"Bila saya buat konten macam itu maknanya berjayalah resepi saya, lepas ini saya kena buat video seperti ini lagi.
"Sebab saya buat video itu sebenarnya saya nak war-warkan StarVendor di Melaka nanti. Sebelum itu saya ada buat konten bersama artis-artis yang lain tetapi semuanya tak dapat perhatian.
"Saya tak bersentuhan pun, di manakah kesalahannya itu? Dan saya tak pakai pakaian yang mencolok mata pun cuma saya tak pakai tudung la," katanya.
Tambahnya, video tersebut hanyalah sekadar hiburan untuk menarik perhatian warganet. Malah, sebelum ini dia sudah sedaya upaya membuat video yang tidak mencetuskan kontroversi, namun tidak mendapat perhatian.
"Apa salahnya viral, setahun sekali sahaja saya nak ‘belanja’? Kitakan nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia. Bila saya ‘posting’ video yang saya buat beria-ria semua tak dapat sambutan.. tak ‘FYP’, tak viral.
"Maknanya rakyat Malaysia ini dia nak tengok content yang seperti itu. Pada mereka itu adalah satu hiburan, supaya mereka senang nak komen kita. Itu hobi rakyat Malaysia, jadi kita sajikan hobi-hobi rakyat Malaysia dekat situ.
"Saya dah buat cara baik dah, tapi tak ada pun orang tengok. Jadi saya fikir dengan Datuk Aliff dan kami buatlah video tersebut..Itu yang menjadi!" ujarnya.
Sumber: OHBulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Toklip macam dah Pro menonggeng |
|
|
|
|
|
|
|
Fazura tu takde pun goyang2 punggung nak promot bisnes...boleh je jalan.
Tak tau nak kata apa. Semoga Ifa Radziah dan Aliff Syukri diberikan hidayah Allah sebelum dicabut nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
terdesak ke acik nih utk kekal dlm industri??? |
|
|
|
|
|
|
|
releven dgn punggung ?? so bangga |
|
|
|
|
|
|
|
Acik even shaytan is confused yknow? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, jgn la aku & yg membaca berita ni jd manusia x bersyukur bongkak takbur mcm ni
Sesungguhnya rezeki tu dari Allah bkn dari bunggung. Takut wei. Dia ni mcm tuhan dah “campak” dia , lg buat dosa lg byk duit |
|
|
|
|
|
|
| |
|