CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 5

Anak Muda Masa Kini Sanggup Gadai Maruah Demi Hidup Mewah

[Copy link]
Post time 28-5-2023 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki meluahkan kekecewaannya kerana ramai anak muda yang sanggup menggadai harga diri semata-mata demi kehidupan mewah.


"Ramai anak muda sanggup jadi pencipta kandungan 18SX kerana itu cara cepat untuk menjadi kaya. Contohnya OnlyFans.


"Tengok dekat Twitter pun cukup. Sebab gesaan rakan sebaya untuk capai standard kehidupan yang tertentu.






"Kerana nak pakai jenama telefon pintar iPhone, nak pakai barang yang berjenama, nak ambil gambar Instagram di tempat estetik yang mahal.


"Ia satu isu yang semakin membarah dalam masyarakat," ujarnya meluahkan rasa bimbang.


Menurut lelaki itu lagi, meskipun ada yang mengejar duit untuk bersenang-senang, ada juga yang mahukan duit untuk mengisi perut yang kosong.


"Siapa tak nak duit yang mudah kan. Segala-galanya untuk duit. Tapi kita tak boleh juga nak cepat menghakimi mereka.


"Ada yang buat ini demi kelangsungan hidup. Cuma untuk pergi ke serendah itu, ia sangat merisaukan.


"Anak muda terus menjunam ke bawah. Jauh di sudut hati ni rasa kesian sebab kita pun tak ada di tempat mereka," kata lelaki itu gusar.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menceritakan pengalaman mereka melihat orang di sekeliling rebah dihempap bebanan kewangan.


"Ini adalah realiti hari ni. Kita dapat tengok banyak aktiviti pelacuran di platform Twitter. Duit mungkin berjaya diraih, tapi maruah diri jadi murah.


"Wanita baik untuk lelaki baik. Apabila tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga, adakah semudah itu untuk mereka ni 'cuci tangan'?


"Saya pernah hampir berada dalam situasi yang sama. Nak apa yang orang ada. Apa yang saya buat? Saya terus keluarkan diri saya daripada media sosial. Media sosial adalah punca segala penyakit.


"Ramai kawan saya yang muka ayu seperti wanita Melayu terakhir di depan-depan, tetapi apabila di belakang rupanya ada akaun dark side. Sedih rasa," kata sebahagian warga maya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 05:27 AM | Show all posts
Iols kesian jugak dengan budak2 ni

tapi itu lah, diorang ni generasi sekolah lockdown
berbeza dengan generasi2 sebelum ni

kena tanya pakar psikologi atau psikiatri kut. mungkin sosiologi sekali. entah la

impak dia, 20-30 tahun akan datang. aiyoo
brace for impacts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 12:13 PM | Show all posts
Semoga generasi baru ini sentiasa berfikir dengan mendalam sebelum membuat sesuatu perkara
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 12:17 PM | Show all posts
mana ntah hilang rasa malu depa ni. too much social media plus nk senang cepat tanpa susah-payah fikir
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 12:21 PM | Show all posts
gadis melayu terahir bersiri dgn akaun dark side porno, kehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:40 AM | Show all posts
realiti hidup.. mmg benda ni ada… kdg kesian tgk…
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.634858 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list