View: 1936|Reply: 28
|
Dilempar Tanggapan Negatif, Ubai Biarkan Saja
[Copy link]
|
|
Pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25, mengakui bukan mudah dia melayari hubungan percintaan dengan tunangnya yang juga penyanyi popular, Shila Amzah, 33, kerana perlu berhadapan pelbagai tanggapan negatif netizen.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli ketika dihubumgi berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana pertunangan dengan penyanyi Patah Seribu itu berjalan lancar dalam satu majlis tertutup, semalam.
Mengulas kisah hantaran Shila di Instagram beberapa hari sebelum mereka bertunang yang menimbulkam salah faham ramai, Ubai berkata, dia tahu niat sebenar kekasihnya itu yang ingin memberikan penghargaan.
"Saya dalam perjalanan ke tempat kerja ketika tahu mengenai hantaran itu. Apabila membacanya, saya tahu yang dia (Shila) sekadar menulisnya sebagai penghargaan. Tapi, ramai yang dah salah faham dan anggap bukan-bukan.
"Sebenarnya ia perkara biasa saja bagi saya. Sebabnya,bila sebut hubungan saya dengan Shila, memang banyak yang negatif orang akan cakap daripada positif. Itulah lumrah kehidupan.
"Saya dah faham sangat dah. Kami buatlah apa pun, tapi yang buruk itu orang tulis dan cakapkan," katanya merancang majlis perkahwinan mereka pada tahun ini dan enggan bertunang lama-lama.
Ubai berkata, selama dia mengenali dan rapat dengan Shila, bermacam-macam dakwaan negatif yang diperkatakan, hingga dia selesa membiarkan walaupun tahu mengenainya.
"Kalau kisah saya dengan Shila ini, buatlah baik macam mana pun, yang negatif tetap akan ada. Contoh masa kita mula berkawan, ada orang yang cakap kenapa saya nak tumpang populariti dia?
"Bila kami dah bercinta pula, ada yang kata kenapa macam itu macam ini, banyaklah negatifnya.
Malah, saya diminta ikat dia (bertunang) untuk ikatan sah dan cepat-cepat bernikah. Jadi, benda ini (perhatian netizen) memang tak boleh nak hentikan apa orang nak cakap.
"Tapi, saya okay saja kalau orang macam doakan yang baik-baik, tahniah nak kahwin pun, dah bertunang. Tapi, bila orang persoalkan macam tak lama lagi, harap putus, tipulah kalau mana-mana individu boleh cakap dia tak kisah," katanya.
Menurut Ubai, dia boleh saja kata tak baca komen-komen itu, tapi realiti sebenar memang kena kuatkan diri untuk hadap semua itu.
Katanya, sebelum ini di TikTok pun dia menerima komen negatif, tapi mengambilnya secara positif sebagai kekurangan diri.
Difahamkan, Ubai dan Shila mula menjalin hubungan rapat sejak tahun lalu. Cuma, mereka mengaku bercinta pada Februari lalu menerusi penjelasan dibuat dalam sesi siaran langsung di TikTok.
Ubai dikatakan mula mendekati dan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya iaitu berhadapan kegagalan dalam rumah tangga.
Malah, Ubai juga dikatakan sudah menyukai Shila sejak dia tingkatan satu pada 2011 dan mengikuti wanita idamannya di Twitter. Namun, hubungan antara peminat dan penyanyi pujaan semakin akrab pada 2014.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat apa.. Biar kan je lah. Janji ko bahagia. Esok lusa putus ke apa ke kena kecam tu biasa lah.
Hadap je lah dah itu yg ko pilih. |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana dua ekor ni kenal ek? Brjumpa show apa?
Dua2 mmg takde usaha nak perbaiki keturunan eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by likilu at 29-5-2023 08:06 AM
Tunang 2023 - 25 tahun
Rapat 2014 - 16 tahun
Kenal n follow twitter 2011 - 13 tahun
Kira memang dah lama la xila besarkan ubai. Berbaloi jugak dah umo 25 terus suruh tunang ngan dia. Berani ko derhaka ubai.
*Ok dah edit salah kira umur hehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ubai ni mcm dh xleh patah balik hahaha hadap la ko xila yg brmasalah emosi smp ke tua ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh tak tunggu buka braces lah. Hokeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih bersama rupanya. Good luck la menghadap perangai bakal vinik. |
|
|
|
|
|
|
|
likilu replied at 28-5-2023 11:34 AM
Tunang 2023 - 25 tahun
Rapat 2014 - 12 tahun
Kenal n follow twitter 2011 - 9 tahun
Dem. Terasa diri ini pedo bila baca. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 28-5-2023 10:43 PM
Dem. Terasa diri ini pedo bila baca.
U la takde ke pesan kat anak murid umur 9 tahun belajar matematik hafal sifir. Pergi follow twitter retis buat apa? Takkan cikgu cikgu tak pantau??
Sebab cikgu tak jaga anak murid lah retis terpaksa besarkan follower macam anak sendiri sampai terpaksa bertunang.
Haha gitu i jadi macam parents terpaling mcm mak budak seatbelt tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk karakter ubai ni mcm matang jgk n jnis mengalah dgn xila. Mgkin she suit with that kind of person |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ubai sakit ke. X mungkin ubai jg pas kije. Nmpk semedang duk btenggek ngn xila je |
|
|
|
|
|
|
|
Tahan jugak ek mamat ni dgn prangai shilalat yg smua benda tk kena tu..good luck la baii |
|
|
|
|
|
|
|
likilu replied at 28-5-2023 07:34 PM
Tunang 2023 - 25 tahun
Rapat 2014 - 12 tahun
Kenal n follow twitter 2011 - 9 tahun
Kan dia ckp kenal 2011 masa tingkatan 1, so 13 tahun, dia lahir 1998 |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku suka juga tgk korang. Selamat berbahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
xila cuma ingin mencari secebis bahagia.. |
|
|
|
|
|
|
|
as long as ko x buat benda merepek, kau Jalan je la, bukan ko nak hidup atas kehendak atau acuan org lain, mereka tunggu ko kecundang je utk bertepuk tangan |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah ubai, selamat pecah dara dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menang jackpot la ubai dari diehardfan dapat kawen dgn retis idaman. Dua2 bujang biar la deme, nanti dah tidur sebantal sekatil tau la dia langit tinggi rendah. Selamat masuk dlm keluarga pening2 lalat [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
| |
|